◉ HEADLINES

RUU Tribunal Antibuli akan dibentang bulan depan: Azalina

Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi berkata siri jelajah dan libat urus sedang giat diadakan dengan pelbagai pihak berkepentingan

9:19 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata Rang Undang-undang (RUU) Tribunal Antibuli dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen Oktober ini.

Beliau berkata, ia lebih awal daripada tempoh enam bulan yang diberikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini.

Susulan itu kementeriannya sedang melaksanakan siri jelajah dan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan sebelum ia dibentangkan kepada Jemaah Menteri, yang dijangkakan hujung bulan ini.

“Atas persetujuan beberapa menteri terlibat secara langsung dan tidak langsung seperti menteri pendidikan, menteri pendidikan tinggi, menteri pertahanan, menteri komunikasi, kita harap bulan ini boleh selesaikan jerayawara.

“Kita harap dapat keputusan Kabinet pada hujung September atau awal Oktober supaya RUU ini boleh dibawa ke persidangan Parlimen pada Oktober ini,” katanya memetik laporan Bernama.

Beliau yang ditemui media pada sidang media Konvensyen Bantuan Guaman Kanak-kanak Peringkat Asean 2025 di Pusat Persidangan Desaru Coast semalam berkata, melalui siri jelajah itu, kerajaan mahu mendengar pandangan orang ramai berhubung cadangan penubuhan tribunal berkenaan.

Jelasnya, langkah itu dilihat mampu mempercepatkan pendengaran kes berbanding proses mahkamah yang mengambil masa panjang.

“Tribunal ini lebih luas kuasanya…boleh lihat semua inti pati dan ada juga mungkin dalam elemen tribunal itu boleh tengok kepada aspek ganti rugi seperti membayar denda.

“Kemungkinan, kita nak ukur dalam aspek hukuman itu tidak semestinya penjara, mungkin kena bayar denda, mungkin kena pergi kursus…jadi, aspek lebih luas dan kepentingan tribunal kalau dipersetujui kerajaan ialah (prosesnya) cepat.”

Tambahnya, sebuah portal khas juga akan dilancarkan bagi mendapatkan pandangan masyarakat, selain sesi libat urus bersama badan profesional termasuk Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak, Majlis Peguam, bar negeri, pertubuhan antarabangsa serta pakar berkaitan.

Tegasnya, tribunal itu bukan bertujuan menghukum semata-mata, sebaliknya turut memberi ruang kepada proses rehabilitasi buat mangsa dan pelaku melalui pendekatan keadilan restoratif.

Dalam laporan media sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri memberi tempoh enam bulan kepada Azalina untuk membentangkan kertas cadangan penggubalan RUU Tribunal Antibuli kepada Jemaah Menteri selepas sesi libat urus bersama semua pihak berkepentingan di seluruh negara. – 8 September, 2025

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related