◉ HEADLINES

Jelas saman tertunggak dalam tempoh 2 bulan dapat diskaun 50%: JPJ

Ketua Pengarah JPJ berkata, diskaun tersebut terpakai untuk semua jenis saman kecuali yang tidak boleh dikompaun

10:29 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Saman tertunggak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dijelaskan dalam tempoh dua bulan bermula 1 November hingga 30 Disember akan menikmati diskaun sebanyak 50 peratus.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata diskaun tersebut terpakai untuk semua jenis saman kecuali yang tidak boleh dikompaun.

Beliau berkata, pengguna jalan raya yang masih mempunyai saman tertunggak diminta mengambil peluang ditawarkan itu, dengan melakukan pembayaran di kaunter JPJ atau saluran pembayaran disediakan.

“Kita menggesa semua rakyat mengambil peluang yang diberi dalam tempoh dua bulan ini bagi menjelaskan saman masing-masing kerana kita akan memulakan diskaun 50 peratus mulai 1 November hingga 30 Disember 2025.

“Ia untuk semua jenis saman, bukan untuk saman AwAS (Saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik), Notis Temu Siasat (114) dan Notis Saman Tampal/JPJ(P)23 (115) yang kita gerakkan dari awal tahun lepas, tapi untuk semua jenis saman kecuali saman yang tidak boleh dikompaun iaitu yang perlu dibawa ke mahkamah.

“Orang ramai diharap dapat berbuat demikian kerana mulai 1 Jan 2026 tiada lagi diskaun dikeluarkan kepada umum termasuklah saman JPJ dan saman PDRM,” katanya kepada media selepas Op Gempur di sini malam tadi.

Dalam pada itu, Aedy Fadly berkata JPJ melaksanakan Op Perang Lebih Muatan bermula 14 Oktober hingga 31 Disember ini bagi membanteras isu kenderaan perdagangan yang membawa muatan melebihi had dibenarkan.

Aedy Fadly berkata setakat hari ini, 27,300 kenderaan telah diperiksa dan daripada jumlah itu 1,017 dikesan membawa barangan melebihi muatan.

“Sebanyak 1,696 pemandu dan pemilik kenderaan disaman mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (P22), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD), dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987, manakala sebanyak 96 lori turut disita.

“Kebanyakan kenderaan ini kita sasarkan yang bawa muatan seperti batu, kerikil, besi dan sebagainya. Itu sasaran kita sebab kita ada ‘hotspot’ seperti kuari atau kilang besi, tempat kenderaan ini keluar,” katanya lagi.

Tegasnya, JPJ sentiasa komited untuk mempergiatkan penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya, infrastruktur awam terpelihara serta tahap pematuhan undang-undang dalam industri pengangkutan terus dipertingkatkan. – 27 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

◉ Related