◉ HEADLINES

Memorandum MTSB akan dibentang ke Kabinet menjelang hujung tahun ini: Loke

Menteri Pengangkutan berkata, kerajaan turut mengambil kira pandangan serta membuat perbandingan dengan agensi keselamatan pengangkutan antarabangsa

2:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Memorandum berhubung cadangan penubuhan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia (MTSB) yang bertujuan menyiasat kemalangan jalan raya akan dibentangkan ke Kabinet dalam masa terdekat.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata selepas mendapat persetujuan Jemaah Menteri, Rang Undang-Undang MTSB akan dibentangkan di Parlimen.

“Bagi mencapai sasaran penubuhan MTSB, sepanjang Mei hingga Oktober tahun ini, Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengadakan sesi libat urus bersama agensi dan pihak berkepentingan.

“MOT juga akan mengadakan sesi libat urus dengan kerajaan Sabah dan Sarawak, bengkel cadangan perjawatan, penyediaan draf rang undang-undang serta pindaan undang-undang,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Shaharizukirnain Abd Kadir (PN-Setiu) mengenai kekangan utama yang menghalang penubuhan MTSB, yang dicadangkan sejak hampir 11 tahun lalu, memandangkan kadar kemalangan jalan raya masih tinggi dan keperluan memperkukuh aspek keselamatan dalam sektor pengangkutan.

Loke berkata sehingga MTSB ditubuhkan, MOT akan meneruskan mekanisme pewujudan jawatankuasa khas siasatan kemalangan, seperti dalam kes kemalangan membabitkan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan dan kemalangan bas melibatkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Perak.

Jelasnya, pelbagai langkah intervensi dilaksanakan, termasuk bas ekspres dan kenderaan berat wajib memasang peranti had laju, penguatkuasaan tegas ke atas lori membawa muatan berlebihan dan kempen keselamatan jalan raya berterusan, khasnya bagi penunggang motosikal.

“Ini memang kempen-kempen yang dijalankan secara berterusan. Bukan kita menunggu penubuhan MTSB baru kita akan buat apa-apa tindakan ‘intervention’. Jadi, ini sesuatu yang saya rasa perlu kita teruskan sebelum penubuhan MTSB.”

Menjawab soalan tambahan Shaharizukirnain mengenai cadangan mewujudkan MTSB sebagai agensi bebas seperti Australian Transport Safety Bureau (ATSB), Loke menjelaskan model struktur MTSB masih belum dimuktamadkan.

Bagaimanapun, menurutnya kementerian mengambil kira pandangan serta membuat perbandingan dengan agensi keselamatan pengangkutan antarabangsa, selain mempertimbangkan amalan terbaik yang diguna pakai di luar negara.

“Apa sahaja agensi siasatan, sudah tentu ada kebebasan. Malah task force yang kita bentuk sekarang ini memang bebas melaksanakan siasatan dan mengemukakan apa sahaja syor.

Katanya, apabila laporan itu disiapkan, ia tidak akan diedit atau dipinda dan akan dibentangkan secara terbuka, seperti yang telah beliau laksanakan. – 17 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Jangan sampai tahap ekstrem’: Azalina bidas label ‘dajal’ Hadi Awang terhadap CSA

Menteri Undang-Undang tegur Presiden PAS jaga adab berpolitik susulan kecaman keras terhadap pemeteraian pakatan kestabilan dan pembaharuan institusi Kerajaan Madani bersama blok pembangkang

Democrats seize control of Congress in crushing midterm blow to Trump

Voters turn against Republicans over rising living costs, Iran war and corruption concerns, setting the stage for two years of political gridlock

◉ Related