◉ HEADLINES

Mohd Annuar Zaini dilantik Pro-Canselor UM

Mohd Annuar menyarankan setiap alumni menyumbang secara berterusan, sekurang-kurangnya RM100 setahun, sebagai satu daripada cara membangunkan infrastruktur universiti itu

2:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR –  Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan mengisytiharkan pelantikan Tan Sri Mohd Annuar Zaini sebagai Pro-Canselor Universiti Malaya (UM) pada Istiadat Konvokesyen ke-65 universiti itu, di sini hari ini.

Mohd Annuar, yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) menyifatkan pelantikan berkuat kuasa pada 1 Sept 2025 hingga 31 Ogos 2028 itu, sebagai satu penghormatan besar bagi diri dan keluarga.

“Saya bersyukur kepada Allah SWT yang telah memberikan satu penghormatan tinggi dalam akademik negara. 

“Saya juga menjunjung kasih kepada Tuanku Canselor, Sultan Nazrin kerana memberi amanah dan kepercayaan kepada saya,” katanya kepada Bernama.

Beliau turut berkongsi pandangan tentang hala tuju UM, khususnya dalam meningkatkan sumber kewangan universiti melalui penglibatan alumni. 

Mohd Annuar menyarankan agar setiap alumni menyumbang secara berterusan, sekurang-kurangnya RM100 setahun, sebagai satu daripada cara membangunkan infrastruktur universiti yang telah dibina sejak tahun 1960-an.

“Saya percaya, walaupun RM100 itu sedikit, ia boleh menjadi tabung pembangunan universiti. Saya mahu mengaktifkan alumni supaya universiti mempunyai dana yang dapat membantu pembangunan dan memastikan UM kekal relevan serta berada di ranking teratas dunia,” katanya.

Mohd Annuar merupakan bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan turut memegang beberapa jawatan penting antaranya Pengerusi UDA Holdings Berhad dan Pengerusi Bebas 7 Eleven Malaysia Holdings Bhd.

Pada istiadat konvokesyen itu, Sultan Nazrin turut berkenan mengurniakan Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang kepada bekas Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebagai penghargaan terhadap jasa serta sumbangannya.

Baginda, yang juga merupakan Canselor universiti itu turut menganugerahkan gelaran Profesor Emeritus kepada beberapa tokoh terkemuka dalam bidang klinikal, sains dan bukan sains termasuk Prof Datuk Dr Rohana Yusof dan Prof Dr Khoo Ee Ming. – 29 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

12 hours on the road no guarantee for liveable wages, say several food delivery riders

Long working hours and cut-throat remuneration structure have been a bane for food delivery riders recently with some considering to leave their current service platform for another – or find a new job altogether.

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

◉ Related