◉ HEADLINES

‘Bukan permohonan tapi surat minta penjelasan sebelum penyertaan’, kata MIC

MIC mahu penjelasan yang menumpu pada isu bentuk keahlian, proses kemasukan, dan kedudukan MIC jika diterima sebagai komponen PN

8:49 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung MIC Datuk S Ananthan menjelaskan surat yang dihantar kepada Perikatan Nasional (PN) bukan permohonan rasmi untuk menyertai gabungan itu.

Ananthan yang dipetik portal Malaysiakini sebagai berkata surat berkenaan lebih kepada ‘untuk mendapatkan penjelasan sebelum penyertaan’, menumpukan pada isu seperti bentuk keahlian, proses kemasukan, dan kedudukan MIC jika diterima sebagai komponen PN.

Katanya, MIC menghantar surat itu selepas beberapa pemimpin PAS mengundang parti itu untuk mempertimbangkan penyertaan dalam PN, dan ia dihantar empat hari sebelum mesyuarat agung tahunan parti yang lalu.

Laporan itu turut memetik Ananthan sebagai berkata MIC meminta penjelasan lanjut mengenai komitmen PN pada pembangunan masyarakat India.

“Kami memerlukan maklumat lengkap sebelum membuat keputusan penting mengenai hala tuju parti,” katanya.

Semalam, Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu telah memohon untuk menyertai PN.

Menurut Muhyiddin, Presiden Tan Sri SA Vigneswaran dan Ananthan telah dimaklumkan bahawa PN akan membincangkan ‘permohonan yang dibuat MIC’ apabila PRN Sabah selesai.

Pada 16 November lalu, Perhimpunan Agung MIC ke-79 menyaksikan Timbalan Presiden Datuk Seri M Saravanan membentangkan usul keluar daripada BN dan memohon secara rasmi untuk menyertai PN.

Usul-usul tersebut dibahas namun tiada undian dijalankan kerana mesyuarat bersetuju untuk menyerahkan keputusan kepada kepemimpinan tertinggi MIC.

Perkembangan itu berlatarkan ketidakpuasan hati terhadap layanan yang didakwa tidak adil oleh Umno, menyusuli spekulasi mengenai hala tuju MIC yang berlarutan sepanjang beberapa bulan kebelakangan ini. – 1 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Democrats seize control of Congress in crushing midterm blow to Trump

Voters turn against Republicans over rising living costs, Iran war and corruption concerns, setting the stage for two years of political gridlock

F1 is more than racing: Why Malaysia must bring the sport back to Sepang – Zainul Arifin

Petronas’ global branding success shows how Formula 1 can deliver international exposure, strengthen corporate brands and generate economic benefits, making a compelling case for Malaysia to revive the sport at Sepang

◉ Related