◉ HEADLINES

Operasi pencarian MH370 akan disambung 30 Disember ini

Pencarian berkenaan akan disambung selama 55 hari, yang akan dijalankan secara berselang-seli

12:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Operasi pencarian dasar laut bagi menjejak bangkai pesawat Malaysia Airlines MH370 akan bersambung pada 30 Disember ini, kata Kementerian Pengangkutan.

Dalam kenyataan hari ini, kementerian itu memaklumkan, Ocean Infinity telah mengesahkan kepada Kerajaan Malaysia bahawa operasi pencarian dasar laut akan disambung selama 55 hari, yang akan dijalankan secara berselang-seli.

“Pencarian akan dilakukan di kawasan sasaran yang dikenal pasti mempunyai kebarangkalian tertinggi untuk menemui pesawat tersebut, selaras dengan perjanjian perkhidmatan yang dimeterai antara Kerajaan Malaysia dan Ocean Infinity pada 25 Mac 2025,” katanya.

MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Meskipun operasi pencarian, iaitu antara yang terbesar dalam sejarah penerbangan, telah dilakukan secara bersama oleh Malaysia, Australia dan China, ia gagal dikesan.

Sejak itu, beberapa serpihan pesawat yang disahkan atau dipercayai berasal daripada MH370 telah ditemukan di sepanjang pantai di barat Lautan Hindi termasuk Mozambique, Madagascar dan Pulau Réunion.

Kementerian Pengangkutan turut memberitahu, perkembangan terbaharu ini menegaskan komitmen berterusan Kerajaan Malaysia untuk memberikan penamat dan kelegaan kepada keluarga mangsa tragedi berkenaan. – 3 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Ex-TH Properties deputy GM charged with CBT abetment

In yet another case uncovered from the Tabung Haji RCI, the accused is found to have colluded with another manager from a subsidiary and an agent to misappropriate funds related to a building project owned by the pilgrims’ fund.

Mahkamah benarkan rayuan Badan Peguam cabar DNAA Zahid

Panel tiga hakim memutuskan permohonan Badan Peguam bukan sesuatu yang remeh namun menimbulkan isu yang boleh dibicarakan yang wajar didengar pada peringkat substantif

Early start for Abang Bas in Putrajaya

When most Malaysians are getting some shut-eye before attending the National Day 2023 celebration at Dataran Putrajaya today, bus driver Mohammad Saudi Abd Sahiis is eagerly on the road to ferry passengers to the venue.

◉ Related