◉ HEADLINES

‘Deemed Licence’ MCMC perkukuh keselamatan digital di Malaysia: KPN

Polis menyokong usaha MCMC kerana ekosistem digital masa kini menuntut pendekatan pengawalseliaan yang lebih responsif terhadap ancaman seperti jenayah eksploitasi seksual kanak-kanak, penipuan dalam talian dan penyebaran kandungan ekstremisme

4:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menyifatkan inisiatif ‘Deemed Licence’ oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebagai langkah awal memperkukuh tadbir urus platform digital dan meningkatkan keselamatan dalam talian di Malaysia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, polis menyokong usaha MCMC kerana ekosistem digital masa kini menuntut pendekatan pengawalseliaan yang lebih responsif terhadap ancaman seperti jenayah eksploitasi seksual kanak-kanak, penipuan dalam talian, penyebaran kandungan ekstremisme, serta penyalahgunaan platform digital untuk aktiviti yang menyalahi undang-undang.

“Usaha ini adalah sebahagian daripada komitmen bersama untuk melindungi anak bangsa Malaysia dan memastikan mereka selamat dalam persekitaran siber masa hadapan.

“PDRM akan terus bekerjasama rapat dengan MCMC dan agensi lain melalui pendekatan “whole-of-government” bagi memastikan mekanisme baharu yang sedang dimuktamadkan dapat meningkatkan keberkesanan siasatan, memperkukuh perkongsian maklumat, serta mempercepatkan tindakan terhadap kandungan atau aktiviti berbahaya di ruang digital,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, semua penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial yang mempunyai lapan juta atau lebih pengguna di Malaysia akan secara automatik dianggap berdaftar sebagai pemegang Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi [ASP(C)] bermula 1 Januari 2026.

Ia menerusi pelaksanaan Peruntukan Deeming di bawah Seksyen 46A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

MCMC dalam kenyataannya memaklumkan langkah itu bertujuan memastikan penyedia perkhidmatan berskala besar yang menawarkan perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial kepada pengguna di Malaysia beroperasi dalam kerangka undang-undang serta kawal selia negara secara teratur, konsisten dan berkesan.

Mengulas lanjut, Mohd Khalid berkata, PDRM yakin pelaksanaan rangka kerja baharu ini akan meningkatkan perlindungan kepada rakyat, memantapkan integriti ruang digital negara, dan memperkukuh kerjasama antara kerajaan serta penyedia platform digital.

Langkah ini, katanya, turut menjadi asas penting dalam memastikan keselamatan generasi masa hadapan, terutamanya kanak-kanak dan keluarga, terjamin dalam landskap siber yang semakin mencabar.

“PDRM akan kekal komited melaksanakan penguatkuasaan mengikut peruntukan undang-undang semasa dan meningkatkan kesiapsiagaan dalaman bagi memastikan kerangka keselamatan digital yang bakal diperkenalkan dapat disokong dengan berkesan,’’ katanya. – 15 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related