◉ HEADLINES

Keluhuran Perlembagaan benteng kepercayaan rakyat: Agong

Sultan Ibrahim menegaskan kedaulatan undang-undang mesti dipertahankan demi integriti institusi negara

12:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menegaskan bahawa keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang bukan sekadar prinsip asas negara, malah benteng utama yang wajib dipertahankan demi menjamin kepercayaan rakyat terhadap institusi pemerintahan.

Dalam titah penuh makna yang dikongsikan menerusi laman Facebook rasmi Baginda, Seri Paduka menekankan bahawa kedua-dua aspek penting dalam Rukun Negara itu memberi kesan langsung terhadap tahap keyakinan rakyat terhadap integriti pentadbiran negara.

“Rakyat berhak untuk berasa kecewa apabila pihak berkuasa didapati menyalahgunakan kedudukan dan berasuah,” titah Baginda dengan nada tegas, sekali gus mencerminkan keprihatinan mendalam terhadap isu integriti dan keadilan.

Titah berkenaan dizahirkan ketika Seri Paduka berkenan menerima menghadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, di Istana Negara hari ini.

Pertemuan itu bukan sahaja menyentuh isu-isu semasa berkaitan perundangan, malah turut memperlihatkan komitmen kerajaan dalam memperkukuh tatakelola serta melaksanakan reformasi institusi bagi membanteras rasuah.

Azalina dalam sesi taklimatnya mempersembahkan perkembangan usaha kerajaan memperkukuh sistem perundangan negara, termasuk langkah-langkah mempertingkat ketelusan dan akauntabiliti. Usaha ini dilihat selari dengan titah Seri Paduka yang menuntut agar setiap pihak berkuasa mengutamakan integriti dan menolak budaya salah guna kuasa.

Titah Sultan Ibrahim sekali lagi mengingatkan bahawa keluhuran Perlembagaan bukan sekadar slogan, tetapi amanah yang perlu dijunjung oleh semua lapisan masyarakat – daripada pemimpin tertinggi negara hinggalah rakyat biasa.

Ia menjadi peringatan bahawa keadilan dan undang-undang adalah asas kepada kestabilan serta keharmonian Malaysia. – 9 Januari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Mahkamah benarkan rayuan Badan Peguam cabar DNAA Zahid

Panel tiga hakim memutuskan permohonan Badan Peguam bukan sesuatu yang remeh namun menimbulkan isu yang boleh dibicarakan yang wajar didengar pada peringkat substantif

Early start for Abang Bas in Putrajaya

When most Malaysians are getting some shut-eye before attending the National Day 2023 celebration at Dataran Putrajaya today, bus driver Mohammad Saudi Abd Sahiis is eagerly on the road to ferry passengers to the venue.

Skim Perubatan Madani akan diperluas

Pelaksanaan rintis Skim Perubatan MADANI akan diperluaskan  bagi memastikan lebih ramai menerima rawatan kesihatan secara percuma di klinik perubatan swasta yang berdaftar

◉ Related