◉ HEADLINES

Hamzah dipanggil Lembaga Disiplin, krisis Bersatu makin parah

Timbalan Presiden Bersatu itu dipanggil memberi keterangan berhubung empat aduan disiplin termasuk dakwaan serangan terhadap Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, sekali gus menambah tekanan dalam parti

4:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Krisis dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semakin rumit apabila Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin, dipanggil sekali lagi menghadap Lembaga Disiplin berhubung dakwaan pembabitannya dalam kekecohan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) serta serangan terhadap Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hamzah, yang juga Ketua Pembangkang, dijadual memberi keterangan pada jam 12 tengah hari Khamis ini di Ibu Pejabat BERSATU, menurut Notis Panggilan kali kedua bertarikh 6 Februari yang ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin, Datuk Mohd Radzi Manan.

Surat itu menyatakan terdapat empat aduan disiplin terhadap Ahli Parlimen Larut, termasuk kegagalan menghalang pemimpin dan ahli parti daripada mengeluarkan kenyataan menyerang Muhyiddin serta mencemarkan imej BERSATU.

Hamzah turut didakwa berunding dengan presiden parti komponen Perikatan Nasional (PN) tanpa mandat, termasuk isu Majlis Eksekutif PN yang ditolak Biro Politik dan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT). Beliau juga dikaitkan dengan kenyataan bahawa dirinya tidak dijemput ke mesyuarat presiden PN pada 28 Januari lalu, yang dianggap mencalar imej Muhyiddin.

Ketegangan semakin memuncak apabila dua pemimpin Bersatu Selangor, Rafiq Abdullah dan Datuk Harisson Hassan, mendesak siasatan penuh terhadap Hamzah, malah menuntut beliau dipecat jika terbukti menjadi punca krisis. Rafiq turut menggesa Hamzah berundur, namun penganalisis politik berpendapat Timbalan Pengerusi PN itu tidak akan tunduk, sebaliknya menunggu tindakan rasmi parti.

Walaupun Hamzah menafikan wujud dua kem dalam BERSATU dan menolak dakwaan hubungan tegang dengan Muhyiddin, beliau terus dikaitkan dengan usaha melemahkan kepimpinan parti. Dakwaan itu semakin hangat selepas pemecatan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah, serta penggantungan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Krisis ini menandakan pertembungan besar dalam Bersatu, dengan Hamzah kini berada di bawah pemantauan Lembaga Disiplin—dan masa depan politiknya dalam parti bakal ditentukan dalam sesi keterangan Khamis ini. – 8 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related