◉ HEADLINES

Malaysia pantau rapi selepas tarif Trump dibatal Mahkamah Agung AS: Johari

Putrajaya menegaskan komitmen kepada perdagangan terbuka dan berasaskan peraturan, sambil menunggu kejelasan lanjut mengenai rancangan tarif seragam 10 peratus oleh Presiden Donald Trump

12:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia sedang memantau rapat perkembangan di Amerika Syarikat (AS) susulan keputusan Mahkamah Agung semalam yang membatalkan tarif import Presiden Donald Trump.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Ghani, berkata walaupun Malaysia telah menandatangani perjanjian perdagangan timbal balas dengan AS tahun lalu, Putrajaya masih belum meratifikasinya.

“Kerajaan sedang menilai dengan teliti perkembangan undang-undang dan dasar terkini di AS,” katanya dalam kenyataan.

Kajian implikasi tarif baharu

Johari menegaskan Washington masih mempunyai mekanisme undang-undang lain untuk mengenakan tarif secara sepihak. MITI kini meneliti pengumuman Trump mengenai tarif seragam 10 peratus ke atas semua barangan import.

“Kita sedang mengkaji skop dan implikasinya… menunggu kejelasan lanjut mengenai bagaimana langkah ini akan dilaksanakan dan sama ada pelarasan tambahan akan menyusul,” jelasnya.

AS kekal rakan dagang utama

Johari menekankan AS kekal antara ekonomi terbesar dunia dan rakan dagang utama Malaysia, dengan jumlah perdagangan mencecah RM367 bilion tahun lalu, termasuk RM233 bilion eksport ke AS.

“Pendirian Malaysia jelas dan konsisten. Kita komited kepada perdagangan terbuka dan berasaskan peraturan, demi mengekalkan persekitaran perniagaan yang stabil serta melindungi kepentingan pengeksport, pelabur dan pekerja,” katanya.

Beliau menambah Malaysia akan terus mempelbagaikan hubungan dagang dan memperkukuh kerjasama serantau serta pelbagai hala bagi memastikan daya tahan dalam persekitaran global yang mencabar.

“Kita akan bertindak demi kepentingan terbaik Malaysia, sambil mengekalkan hubungan dua hala yang kukuh dengan AS.”

Semalam, Mahkamah Agung AS dalam keputusan 6-3 memutuskan Trump telah melampaui kuasanya apabila mengenakan tarif di bawah Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa (IEEPA). Susulan itu, Trump mengumumkan rancangan mengenakan tarif baharu 10 peratus ke atas semua barangan import.

Malaysia dan AS menandatangani perjanjian perdagangan timbal balas semasa Sidang Kemuncak ASEAN tahun lalu, yang mengekalkan tarif 19 peratus ke atas barangan Malaysia, namun produk tertentu menikmati tarif sifar.

MITI kini sedang menjalankan semakan kos-manfaat terhadap perjanjian tersebut bagi melindungi kepentingan ekonomi dan kedaulatan negara. – 21 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Democrats seize control of Congress in crushing midterm blow to Trump

Voters turn against Republicans over rising living costs, Iran war and corruption concerns, setting the stage for two years of political gridlock

F1 is more than racing: Why Malaysia must bring the sport back to Sepang – Zainul Arifin

Petronas’ global branding success shows how Formula 1 can deliver international exposure, strengthen corporate brands and generate economic benefits, making a compelling case for Malaysia to revive the sport at Sepang

◉ Related