◉ HEADLINES

KWSP umum 6.15% dividen Simpanan Shariah dan Konvensional

Kadar dividen melebihi enam peratus dikekalkan bagi tahun 2025, dengan jumlah keseluruhan agihan pendapatan mencecah RM79.6 bilion untuk Simpanan Konvensional dan Shariah

11:39 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengekalkan kadar dividen melebihi enam peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025, dengan pengagihan keseluruhan berjumlah RM79.6 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn, berkata kadar dividen untuk Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah masing-masing ditetapkan pada 6.15%.

“Keseluruhan jumlah agihan pendapatan untuk 2025 adalah RM79.6 bilion,” katanya pada Taklimat Prestasi Kewangan KWSP di Menara KWSP, Kwasa Damansara, hari ini.

Daripada jumlah itu, RM67.1 bilion diagihkan kepada Simpanan Konvensional manakala RM12.5 bilion untuk Simpanan Shariah.

Dividen berkenaan akan dikreditkan selewat-lewatnya esok.

Bagi tahun 2024, KWSP mengumumkan kadar dividen 6.3%bagi kedua-dua Simpanan Konvensional dan Shariah, dengan jumlah keseluruhan agihan sebanyak RM73.24 bilion.

KWSP terus mencatat prestasi kukuh dengan pengisytiharan dividen lebih tinggi bagi tahun 2023.

Simpanan Konvensional merekodkan kadar 5.50% berbanding 5.35% pada 2022, dengan jumlah agihan sebanyak RM50.33 bilion.

Simpanan Shariah pula melonjak kepada 5.40% berbanding 4.75% pada tahun sebelumnya, melibatkan agihan RM7.48 bilion. Caruman bersih sebanyak RM66.5 bilion turut mengukuhkan kedudukan dana.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad Zulqarnain Onn, aset pelaburan KWSP meningkat 12.8% kepada RM1.41 trilion berbanding RM1.25 trilion pada tahun sebelumnya, didorong oleh pendapatan portfolio dan caruman bersih yang kukuh.

Ekuiti kekal sebagai penyumbang utama, menjana RM50.7 bilion atau 64% daripada jumlah pendapatan pelaburan pada 2025, mengatasi RM49.9 bilion yang dicatatkan pada 2024.

Pulangan pelaburan keseluruhan sederhana pada kadar 7.9%, dipengaruhi ketidaktentuan pasaran global dan kelembapan domestik. Namun, pelaburan Ekuiti Persendirian yang merangkumi kira-kira 8% daripada portfolio ekuiti mencatatkan ROI lebih tinggi iaitu 10.5%. – 28 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

TTDI hillside project floods again despite stop-work order

Residents’ fears materialise as mud and runoff spill into streets, prompting policy review on high-risk slope development

Federal commitment powers Johor’s RM10 billion ART transport leap

The federal government has approved Johor’s RM10 billion Automated Rapid Transit (ART) project to boost connectivity and support the RTS Link with Singapore, marking a major step in the state’s transport development

Shahmalarani puts Proton e.MAS incentive aside as Asian Games gold remains top priority

National karate exponent welcomes car reward but says focus remains on delivering a breakthrough performance in Aichi-Nagoya

◉ Related