◉ HEADLINES

Anthony Loke arah JPJ, APAD audit, siasat syarikat treler sebabkan tiga kematian di Segamat

Loke berkata syarikat berkenaan juga perlu dipertanggungjawabkan atas kegagalan memastikan disiplin pemandu mereka

5:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) diarahkan untuk segera mengaudit serta menyiasat syarikat pengendali treler yang terlibat dalam kemalangan maut, mengorbankan tiga nyawa di Segamat, Khamis lalu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, syarikat berkenaan juga perlu dipertanggungjawabkan atas kegagalan memastikan disiplin pemandu mereka.

“Saya berharap pihak polis dapat menyelesaikan siasatan kes ini secepat mungkin dan pemandu tersebut dihadapkan ke mahkamah dengan kadar segera.

“Saya yakin pihak Peguam Negara akan mengarahkan pendakwaan tegas yang setimpal dengan kesalahan pemandu tersebut,’’ katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, Loke telah menziarahi ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan maut itu, yang meragut 3 nyawa, di Hospital Segamat.

Dua orang mangsa, katanya masih menerima rawatan dan salah seorang mangsa berada dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di wad ICU.

Semalam, pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan maut membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 212, Jalan Johor Bahru-Seremban berdekatan persimpangan Taman Golden Hill, Gemas Baharu, itu, direman empat hari.

Ketua Polis Daerah Segamat, Mohd Jumazanzahir Chek Ismail berkata, mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira 3.45 petang itu ialah pasangan suami isteri dan pemandu van.

Dalam pada itu, Loke berkata, ia merupakan satu lagi kes kemalangan yang amat menyedihkan, yang berpunca daripada penyalahgunaan dadah oleh pemandu lori tersebut.

“Kerajaan menyedari bahawa sebahagian besar pemandu lori adalah profesional dan menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh disiplin namun masih terdapat segelintir yang tidak bertanggungjawab dan terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

“Sehubungan itu, saya ingin mengingatkan semua pemandu agar tidak sesekali memandu kenderaan di bawah pengaruh dadah dan alkohol.

“Akibatnya bukan sahaja membahayakan keselamatan dan masa depan diri sendiri, malah boleh membawa risiko yang mengancam nyawa pengguna jalan raya yang lain,’’ katanya. – 4 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Controversial KLIA video: Shuhaily says he is ready to ‘pay with myself’

AKPS chief says the government and Home Ministry have been informed of the incident

“Sampaikan, jangan diam”: Veteran PKR desak kerajaan Anwar ‘jual’ kejayaan agenda reformasi

Dua tokoh veteran PKR, Tian Chua dan Tan Sri Dr Xavier Jayakumar mengingatkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak membisu mengenai kejayaan agenda reformasi, sekali gus menghentikan naratif negatif yang mendakwa tiada sebarang perubahan berlaku

◉ Related