◉ HEADLINES

LTSIP berpotensi jadi hab rantau strategik termasuk pasaran selatan Thailand: Anwar

Projek berskala besar itu, yang menelan belanja hampir setengah bilion ringgit sekiranya mengambil kira kos pemanjangan landasan, tetap diteruskan atas faktor nilai strategiknya kepada negara meskipun berdepan kekangan ekonomi semasa ia diputuskan dilaksanakan

12:40 PM MYT

 

KOTA BHARU – Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) berpotensi diangkat sebagai hab serantau yang strategik termasuk bagi pasaran Selatan Thailand, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata melalui perancangan strategik yang tepat, pembukaan jaringan pengangkutan antarabangsa dari LTSIP ke bandar-bandar utama seperti Singapura, Jakarta (Indonesia) dan Bangkok (Thailand) bakal membawa limpahan manfaat ekonomi yang besar kepada Kelantan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pendekatan lebih terbuka dalam menyokong pembangunan infrastruktur pengangkutan sedemikian bukan sahaja memberi kelebihan kepada rakyat tempatan, tetapi juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara secara menyeluruh.

“Selain daripada memenuhi keperluan rakyat yang memanfaatkan kemudahan ini, ia adalah satu keperluan untuk kita meningkatkan kegiatan ekonomi, perdagangan, dan pelancongan.

“Potensi yang ada pada Kelantan tidak mungkin terpinggir atau terabai jika kita memberikan sedikit perhatian dan tumpuan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian terminal baharu LTSIP) di sini hari ini.

Anwar berkata langkah proaktif itu dijangka merancakkan lagi ekonomi tempatan, sekali gus meletakkan Kelantan di landasan tepat untuk terus maju seiring dengan arus pembangunan negara.

Beliau turut memuji kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kelantan dalam memastikan kelancaran serta kejayaan projek LTSIP yang bernilai RM440 juta.

Perdana Menteri menjelaskan projek berskala besar itu, yang menelan belanja hampir setengah bilion ringgit sekiranya mengambil kira kos pemanjangan landasan, tetap diteruskan atas faktor nilai strategiknya kepada negara meskipun berdepan kekangan ekonomi semasa ia diputuskan dilaksanakan.

Anwar berkata kerajaan sentiasa mengambil pendekatan realistik dalam merangka pembangunan negara dengan mengetepikan sebarang perbezaan pandangan sekiranya ia membawa manfaat kepada rakyat.

“Meskipun ada pandangan-pandangan di sebaliknya, kita (kerajaan) mengambil pendekatan yang sangat realistik. Apabila ada keperluan dan rundingan yang baik, kita teruskan,” kata beliau. – 18 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Democrats seize control of Congress in crushing midterm blow to Trump

Voters turn against Republicans over rising living costs, Iran war and corruption concerns, setting the stage for two years of political gridlock

F1 is more than racing: Why Malaysia must bring the sport back to Sepang – Zainul Arifin

Petronas’ global branding success shows how Formula 1 can deliver international exposure, strengthen corporate brands and generate economic benefits, making a compelling case for Malaysia to revive the sport at Sepang

◉ Related