◉ HEADLINES

Seleweng RM230j dana NGO: SPRM sambung reman Timbalan Yang Dipertua dan pengarah syarikat

SPRM Selangor sahkan siasatan di bawah Akta SPRM 2009, dengan pembekuan akaun bernilai RM150 juta

9:59 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor mendapat kebenaran menyambung reman seorang Timbalan Yang Dipertua sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan seorang pengarah syarikat, berhubung siasatan penyelewengan dana NGO berjumlah kira-kira RM230 juta.

Perintah reman selama lima hari sehingga 30 April itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Majistret Shah Alam, Faizah NorRanderan, pagi tadi selepas tempoh reman asal empat hari terhadap kedua-dua suspek tamat.

SPRM sebelum ini menahan kedua-dua individu pada Rabu lalu, dan susulan tangkapan tersebut, sebanyak 33 akaun bank dengan nilai kira-kira RM150 juta telah dibekukan.

Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli, mengesahkan perkara itu dan berkata kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009.

Kes ini mencetuskan perhatian kerana jumlah dana yang didakwa diseleweng amat besar, melibatkan NGO yang sepatutnya berfungsi membantu masyarakat.

Pihak pembangkang sebelum ini mendakwa isu tersebut mencerminkan kelemahan kawalan terhadap aliran dana awam dan kebajikan.

Sumber SPRM turut memaklumkan siasatan melibatkan transaksi merentas beberapa syarikat dan individu berprofil tinggi, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai jaringan pengaruh di sebalik NGO terbabit.

Dengan pembekuan akaun bernilai ratusan juta ringgit, kes ini dijangka menjadi antara siasatan rasuah terbesar melibatkan sektor NGO dalam beberapa tahun kebelakangan ini. – 26 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Democrats seize control of Congress in crushing midterm blow to Trump

Voters turn against Republicans over rising living costs, Iran war and corruption concerns, setting the stage for two years of political gridlock

F1 is more than racing: Why Malaysia must bring the sport back to Sepang – Zainul Arifin

Petronas’ global branding success shows how Formula 1 can deliver international exposure, strengthen corporate brands and generate economic benefits, making a compelling case for Malaysia to revive the sport at Sepang

◉ Related