◉ HEADLINES

Polis daftar suspek isu Azan di Ampang dalam pekeliling khas, dihalang ke luar negara

Suspek masih belum ditangkap tetapi telah dibuat senarai pekeliling khas untuk memastikan ia tidak terlepas keluar daripada Malaysia

4:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mendaftarkan nama seorang lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam isu petisyen azan di Ampang, ke dalam senarai pekeliling khas bagi menghalang individu berkenaan meloloskan diri ke luar negara.

Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar, langkah strategik itu, diambil susulan laporan polis yang diterima daripada penduduk dan Ahli Jawatankuasa (AJK) surau di kawasan terlibat, berhubung satu petisyen yang dibangkitkan di taman perumahan berkenaan.

Setakat ini, ujar beliau, suspek masih belum ditangkap tetapi telah dibuat senarai pekeliling khas untuk memastikan ia tidak terlepas keluar daripada Malaysia.

“Usaha telah dijalankan untuk mengesan dan buat tangkapan terhadap suspek.

“Apabila didaftarkan di bawah senarai pekeliling khas ini, mereka akan menghadapi kesukaran untuk keluar negara. Sebab nama suspek didaftarkan di lapangan-lapangan terbang. Sekiranya ada, tangkapan akan dibuat,” katanya, lapor Bernama.

Pada Jumaat lalu, jawatankuasa sebuah surau di Ampang membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah pada Jumaat lepas, susulan dakwaan terdapat pihak membuat bantahan terhadap pengurusan rumah ibadat berkenaan membabitkan azan, solat berjemaah serta penggunaan ruang luar surau.

Antara perkara yang menimbulkan ketegangan termasuk dakwaan laungan azan mengganggu mereka selain meminta supaya solat berjemaah dihentikan.

Beliau memberitahu, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia selepas siasatan awal mendapati terdapat elemen kesalahan dilakukan oleh penghuni di taman tersebut.

Shazeli berkata setakat ini pihaknya telah merakam percakapan beberapa individu termasuk wakil komuniti setempat yang terkesan dengan isu berkenaan bagi membantu melengkapkan fail kes.

Jelasnya, seorang individu daripada pejabat ahli majlis juga telah tampil memberikan keterangan, bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh dari pelbagai sudut.

“Suspek ini memang kita belum berjumpa dan akan dipanggil untuk membantu siasatan secepat mungkin. Sekiranya masyarakat mengetahui keberadaan beliau, sila berhubung dengan pihak IPD Ampang supaya kita dapat selesaikan siasatan.

“Setakat ini, siasatan masih belum lengkap. Kita sedang meneliti motif sebenar kes ini. Jadi, kami beri peluang untuk menjalankan siasatan dengan telus dan adil kepada semua pihak,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Shazeli menasihatkan orang ramai agar mengelakkan diri daripada melalukan kesalahan-kesalahan yang menjurus kepada Akta Hasutan, termasuk mengawal emosi ketika membuat sebarang tindakan dan penyampaian secara bertulis. – 26 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related