◉ HEADLINES

Ekonomi Malaysia kekal kukuh meski berdepan krisis minyak global: Anwar

Malaysia mencatat pertumbuhan lebih kukuh suku pertama 2026, meski harga minyak mentah melonjak melepasi AS$100 setong akibat krisis Asia Barat

12:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan prestasi ekonomi negara pada suku pertama 2026 mencatat pertumbuhan lebih tinggi daripada unjuran awal, meskipun Malaysia berdepan tekanan kenaikan harga minyak susulan konflik di Asia Barat.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata ketika unjuran dibuat, harga minyak mentah diunjurkan sekitar AS$70 setong, namun melonjak melebihi AS$100 setong akibat ketegangan geopolitik yang berlarutan.

“Pada suku pertama tahun ini, dalam keadaan sibuk dengan perang Teluk, harga minyak sudah melepasi AS$100 setong. Bagaimanapun, alhamdulillah, pertumbuhan ekonomi kita tetap lebih tinggi daripada jangkaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Sukan Negara 2025 di ibu negara, hari ini.

Ekonomi Malaysia dilapor mencatatkan pertumbuhan kukuh 5.4 peratus pada suku pertama 2026, berbanding unjuran 5.3 peratus, disokong pelbagai faktor domestik dan luaran yang positif.

Krisis di Asia Barat sejak awal tahun ini telah menjejaskan pasaran tenaga global, dengan kesannya turut dirasai negara pengimport minyak seperti Malaysia. Namun, menurut Anwar, daya tahan ekonomi domestik – termasuk sokongan fiskal kerajaan serta kestabilan sektor perkhidmatan dan pembuatan – membantu mengekalkan momentum pertumbuhan.

Penganalisis sebelum ini menjangkakan tekanan harga minyak akan mengekang pertumbuhan, tetapi angka rasmi suku pertama menunjukkan Malaysia masih mampu mencatatkan prestasi lebih baik daripada ramalan awal.

Situasi ini, kata Anwar, membuktikan asas ekonomi negara kekal kukuh walaupun berdepan cabaran luaran. – 19 Mei, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Democrats seize control of Congress in crushing midterm blow to Trump

Voters turn against Republicans over rising living costs, Iran war and corruption concerns, setting the stage for two years of political gridlock

F1 is more than racing: Why Malaysia must bring the sport back to Sepang – Zainul Arifin

Petronas’ global branding success shows how Formula 1 can deliver international exposure, strengthen corporate brands and generate economic benefits, making a compelling case for Malaysia to revive the sport at Sepang

◉ Related