◉ HEADLINES

PRN Johor: Lebih 2.7 juta layak mengundi, 42,000 petugas digerakkan

Setiausaha SPR menegaskan keutamaan diberikan kepada pemilih OKU, selain memastikan kos dan logistik pilihan raya diurus secara berhemah

1:47 PM MYT

 

JOHOR BAHRU — Seramai 2,727,926 pemilih berdaftar layak mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berdasarkan Daftar Pemilih Tambahan April 2026 yang diwartakan pada 21 Mei.

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus, berkata daripada jumlah itu, 2,703,175 pemilih biasa, manakala 24,751 terdiri daripada anggota polis, tentera dan pasangan mereka.

“Daripada jumlah tersebut juga, sebanyak 56,655 orang pemilih merupakan orang kurang upaya (OKU) dan memerlukan perhatian khusus oleh SPR untuk mengundi dalam keadaan yang selesa,” katanya kepada Bernama.

Khairul Shahril berkata jumlah pemilih itu tertakluk kepada kemas kini Daftar Pemilih Tambahan yang akan digunakan dalam PRN Johor, setelah ia diputuskan dalam Mesyuarat Khas pada 12 Jun ini.

Beliau turut mengumumkan bahawa 42,023 petugas pilihan raya akan dilantik bagi menggerakkan keseluruhan urusan PRN, termasuk 56 Pegawai Pengurus Pilihan Raya serta anggota keselamatan.

“Secara prinsipnya, kos pelaksanaan pilihan raya bergantung kepada beberapa faktor termasuk jumlah pemilih berdaftar, bilangan pusat dan saluran mengundi, pelantikan petugas pilihan raya, keperluan logistik, penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat,” katanya.

SPR kini sedang meneliti keperluan operasi dan logistik, dengan Khairul Shahril menegaskan bahawa penggunaan sumber awam sentiasa dioptimumkan agar pilihan raya dilaksanakan secara cekap dan berhemah.

DUN Johor dibubarkan pada 1 Jun, dengan SPR akan menetapkan tarikh-tarikh penting PRN Johor dan Negeri Sembilan pada 12 Jun. – 9 Jun, 2026

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Controversial KLIA video: Shuhaily says he is ready to ‘pay with myself’

AKPS chief says the government and Home Ministry have been informed of the incident

◉ Related