◉ HEADLINES

Mitra lancar Geran Uyarvu Madani sehingga RM50,000 bagi memperkasa usahawan India

Inisiatif pembiayaan baharu ini akan menyokong lebih 700 usahawan India di seluruh negara menerusi geran sehingga RM50,000 bagi membantu mengembangkan perniagaan, meningkatkan daya saing serta mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti

5:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan menerusi Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) melancarkan Program Geran Uyarvu Madani, iaitu inisiatif baharu yang menawarkan geran sehingga RM50,000 bagi memperkukuh keusahawanan masyarakat India dan menyokong pertumbuhan perniagaan di Malaysia.

Program itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 700 usahawan India di seluruh negara, sekali gus membolehkan mereka mengembangkan perniagaan, meningkatkan pendapatan serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan berkata, inisiatif itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan untuk membina ekosistem keusahawanan yang lebih kukuh di bawah kerangka Ekonomi Madani.

“Program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang berdaya saing serta mampu mengembangkan perniagaan, meningkatkan pendapatan dan mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti,” katanya.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan berkata inisiatif itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan untuk membina ekosistem keusahawanan yang lebih kukuh di bawah kerangka Ekonomi Madani. – 29 Jun, 2026

Ramanan berkata, geran itu bukan sekadar bantuan kewangan, sebaliknya merupakan mekanisme jangka panjang bagi membantu perniagaan berkembang secara mampan.

“Kerajaan mahu melihat lebih ramai usahawan India bukan sahaja memulakan perniagaan, tetapi turut mengembangkannya menjadi perusahaan yang berdaya tahan dan berdaya saing serta mampu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Mitra, Raveendran Nair berkata, geran berkenaan dirangka bagi menyediakan sokongan yang disasarkan mengikut peringkat pembangunan perniagaan.

Program itu menawarkan tiga kategori pembiayaan, iaitu:

  • Mikro: Sehingga RM20,000
  • Pertumbuhan: Sehingga RM35,000
  • Tinggi: Sehingga RM50,000

“Program ini menawarkan tiga kategori pembiayaan yang bertujuan membantu perniagaan memperkukuh keupayaan operasi, meningkatkan produktiviti serta mempertingkatkan daya saing,” katanya.

Permohonan bagi Program Geran Uyarvu Madani dibuka mulai 29 Jun hingga 13 Julai 2026, pada jam 5 petang.

Pemohon yang layak mestilah warganegara Malaysia berketurunan India, berumur antara 21 hingga 55 tahun serta memiliki perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari portal rasmi Mitra atau menghubungi talian bantuan di +603-8892 3438, +603-8886 6197, +603-8886 6013, +603-8871 1127 atau +603-8886 6221. – 29 Jun, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Mahkamah benarkan rayuan Badan Peguam cabar DNAA Zahid

Panel tiga hakim memutuskan permohonan Badan Peguam bukan sesuatu yang remeh namun menimbulkan isu yang boleh dibicarakan yang wajar didengar pada peringkat substantif

Early start for Abang Bas in Putrajaya

When most Malaysians are getting some shut-eye before attending the National Day 2023 celebration at Dataran Putrajaya today, bus driver Mohammad Saudi Abd Sahiis is eagerly on the road to ferry passengers to the venue.

Skim Perubatan Madani akan diperluas

Pelaksanaan rintis Skim Perubatan MADANI akan diperluaskan  bagi memastikan lebih ramai menerima rawatan kesihatan secara percuma di klinik perubatan swasta yang berdaftar

◉ Related