◉ HEADLINES

Kerjasama PN-BN dikenali sebagai ‘Perikatan Barisan Nasional’: Hamzah

Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata ia bagi memudahkan rakyat memahami persefahaman kedua-dua gabungan, selain mengelak kekeliruan singkatan PN dan BN yang sering digunakan secara berasingan

9:50 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerjasama antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) akan dikenali sebagai Perikatan Barisan Nasional (PBN) pada Pilihan Raya (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata nama itu diperkenalkan bagi memudahkan rakyat memahami persefahaman kedua-dua gabungan, selain mengelak kekeliruan singkatan PN dan BN yang sering digunakan secara berasingan.

“Kita namakan ini supaya orang tidak keliru lagi. Di Negeri Sembilan ini kita mulakan dengan Perikatan Barisan Nasional kerana ramai orang sebut PN, BN, PN, BN.

Beliau berkata demikian selepas Ceramah Gelombang Biru dan Majlis Memperkenalkan Calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemas, Repah dan Gemencheh di Felda Bukit Rokan, di sini, malam tadi.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Tampin yang juga Ketua Umno bahagian Tampin, Datuk Mohd Isam Isa turut hadir ke program berkenaan.

Ketika ditanya kemungkinan PBN akan didaftarkan secara rasmi, jelas Hamzah hal itu masih terlalu awal untuk diputuskan.

“Ini baru saya keluarkan malam ini. Saya akan berjumpa rakan-rakan dahulu dan kita tengok macam mana,” katanya lapor BH.

Beliau turut memberi jaminan semua parti komponen PN akan mematuhi arahan supaya membantu kemenangan calon BN pada PRN Negeri Sembilan.

Kerjasama PBN bagi PRN Negeri Sembilan 1 Ogos ini disahkan dengan pembahagian 36 kerusi DUN, BN bertanding di 25 kerusi manakala PN mengambil baki 11.

Kedua-dua blok turut menggabungkan jentera pilihan raya, dengan PN menyatakan sokongan awal agar jawatan Menteri Besar diserahkan kepada BN sekiranya menang. – 22 Julai, 2026

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related