◉ HEADLINES

647 sekolah di Sarawak ditutup sementara kerana jerebu: JPN

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak memaklumkan penutupan dari 7 hingga 11 Sept itu melibatkan 563 sekolah rendah dengan 108,477 murid dan 84 sekolah menengah membabitkan 90,082 pelajar

8:13 PM MYT

 

KUCHING – Sebanyak 647 sekolah rendah dan menengah di Sarawak ditutup sementara selama lima hari bermula Isnin ini susulan keadaan jerebu yang menyebabkan beberapa lokasi di negeri itu mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak memaklumkan penutupan dari 7 hingga 11 Sept itu melibatkan 563 sekolah rendah dengan 108,477 murid dan 84 sekolah menengah membabitkan 90,082 pelajar.

Menurut JPN Sarawak, keputusan itu dibuat berdasarkan pemantauan berterusan bacaan IPU sepanjang cuti persekolahan serta laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

“Sekolah terlibat berada di bawah seliaan 12 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) iaitu Kuching, Padawan, Bau, Lundu, Samarahan, Simunjan, Serian, Sri Aman, Lubok Antu, Kanowit, Julau dan Meradong.

“Sehubungan dengan itu, sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan sepanjang tempoh penutupan sementara sekolah yang terjejas jerebu,” menurut JPN Sarawak dalam satu kenyataan hari ini.

JPN Sarawak memaklumkan sebarang perubahan atau perkembangan terkini akan diberitahu dari semasa ke semasa manakala pihak sekolah diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan serta sentiasa mengutamakan kesihatan murid dan guru.

“Semua institusi pendidikan di bawah seliaan JPN Sarawak turut dinasihatkan supaya memantau perkembangan IPU di kawasan masing-masing menerusi portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS).

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan pengisytiharan darurat di seluruh Serian, Sarawak berikutan keadaan jerebu yang mencapai tahap pencemaran udara yang membahayakan kesihatan dan keselamatan orang ramai.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan keputusan dibuat setelah mengambil kira nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta agensi berkaitan mengenai tahap kualiti udara di kawasan itu. – 4 September, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Jangan sampai tahap ekstrem’: Azalina bidas label ‘dajal’ Hadi Awang terhadap CSA

Menteri Undang-Undang tegur Presiden PAS jaga adab berpolitik susulan kecaman keras terhadap pemeteraian pakatan kestabilan dan pembaharuan institusi Kerajaan Madani bersama blok pembangkang

Democrats seize control of Congress in crushing midterm blow to Trump

Voters turn against Republicans over rising living costs, Iran war and corruption concerns, setting the stage for two years of political gridlock

◉ Related