◉ HEADLINES

JAIS siasat video viral pemujaan, lokasi kejadian masih tanda tanya

Siasatan dilancarkan susulan rakaman pemujaan tular di Batu Caves yang didakwa mencabar akidah serta menghina kesucian agama Islam

8:51 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini menggerakkan siasatan berhubung satu hantaran tular di media sosial yang memaparkan tindakan seorang individu dipercayai beragama Islam menyertai ritual agama lain secara terbuka.

Siasatan khas itu dilancarkan mengikut Seksyen 4 dan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 atas kesalahan menunjukkan perbuatan pemujaan yang bertentangan dengan hukum syarak serta mencemarkan kesucian agama Islam.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad menegaskan, pihak penguat kuasa sedang meneliti sejauh mana ketepatan video yang mencetuskan kontroversi panas itu.

“Setakat ini, JAIS belum dapat mengesahkan bahawa perbuatan itu dilakukan individu berkenaan ketika perayaan Thaipusam di Batu Caves, Selangor seperti yang ditularkan. Kami juga tidak menolak kebarangkalian hantaran itu melibatkan suntingan superimpose atau kecerdasan buatan (AI),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, perincian fakta kes termasuk pengesahan lokasi sebenar akan disiasat secara terperinci dan pada kadar segera. Langkah ini kritikal bagi memastikan lingkungan bidang kuasa undang-undang JAIS sebelum sebarang tindakan susulan diambil.

Isu berkenaan mendapat perhatian ramai apabila perbuatan tersebut didakwa melibatkan unsur pemujaan dan penggunaan mantera keagamaan bukan Islam.

“Hal ini bagi mengenal pasti bidang kuasa JAIS untuk mengambil tindakan lanjut mengikut undang-undang yang berkuat kuasa. Perkara yang menyentuh persoalan akidah umat Islam di Selangor dipandang serius dan setiap maklumat atau aduan akan disiasat dengan tindakan secara profesional, tegas, cepat, tepat serta adil,” tegas Mohd Shahzihan.

Tindakan JAIS ini menyusul selepas Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengesahkan kerjasama rapat dengan pihak berkuasa keselamatan bagi mengesan dalang di sebalik penularan siri rakaman video berkenaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan sebelum ini dilaporkan memandang serius kandungan klip tular tersebut yang jelas menggugat sensitiviti masyarakat Islam di negara ini. – 11 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Controversial KLIA video: Shuhaily says he is ready to ‘pay with myself’

AKPS chief says the government and Home Ministry have been informed of the incident

“Sampaikan, jangan diam”: Veteran PKR desak kerajaan Anwar ‘jual’ kejayaan agenda reformasi

Dua tokoh veteran PKR, Tian Chua dan Tan Sri Dr Xavier Jayakumar mengingatkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak membisu mengenai kejayaan agenda reformasi, sekali gus menghentikan naratif negatif yang mendakwa tiada sebarang perubahan berlaku

◉ Related