◉ HEADLINES

JPJ gantung sementara sijil kelulusan jenis kenderaan Chery Omoda 5

JPJ menggantung sementara pendaftaran Chery Omoda 5 susulan insiden gandar belakang tercabut di Johor Bahru sehingga siasatan keselamatan selesai

3:19 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggantung sementara Sijil Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) Chery Omoda 5, sekali gus menangguhkan pendaftaran baharu kenderaan itu sehingga siasatan teknikal selesai dan risiko keselamatan dapat dikenal pasti.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata tindakan penggantungan sementara itu akan dilaksanakan secara bersasar terhadap model dan varian yang berpotensi terlibat.

“JPJ memandang serius insiden tular melibatkan sebuah Chery Omoda 5 di Johor Bahru pada minggu lepas sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai terhadap aspek keselamatan kenderaan itu.

“Jabatan ini ingin menegaskan tiada kompromi terhadap sebarang ketidakpatuhan yang boleh menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aedy Fadly berkata Chery Malaysia dikehendaki mengenal pasti semua unit kenderaan yang berpotensi terjejas berdasarkan nombor komponen, kelompok pengeluaran, nombor casis serta parameter teknikal berkaitan.

Beliau berkata pelaksanaan pemanggilan semula hendaklah dibuat terhadap semua kenderaan yang dikenal pasti berisiko bagi tujuan pemeriksaan dan tindakan pembetulan sewajarnya.

Selain itu, JPJ akan melaksanakan audit teknikal terhadap proses pengeluaran dan pemasangan Chery Omoda 5 dan pembekal komponen gandar berkaitan.

Ia merangkumi pematuhan amalan pengilangan yang baik, sistem kawalan kualiti, prosedur pemeriksaan sambungan kimpalan serta tahap keselamatan komponen yang digunakan.

“Pengeluar bertanggungjawab memastikan setiap kenderaan yang dipasarkan memenuhi piawaian keselamatan dan keperluan teknikal yang ditetapkan.

“Penggantungan ini hanya akan ditarik balik setelah semua tindakan pembetulan dan pencegahan dilaksanakan sepenuhnya serta mendapat pengesahan teknikal daripada JPJ bahawa segala risiko keselamatan telah ditangani sewajarnya,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial video dan gambar sebuah Chery Omoda 5 tercabut gandar belakang kenderaan itu ketika sedang bergerak di jalan raya. – 11 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Do-or-die mission for Sarjit: Speedy Tigers must secure six points to keep World Cup dreams alive

Malaysia must claim maximum points from their opening two matches in Cairo to keep their 2026 World Cup hopes alive, says national hockey head coach Sarjit Singh

History of ancient Kedah: nation-building should be based on facts, not racial polemics – Abdul Rahmat Omar

Academics should not spread false narratives, but instead present research grounded in verified evidence and reliable sources

PAS must win 60 seats in GE16: Tuan Ibrahim

From 18 federal seats in GE14 to 43 in GE15, party leaders aim for more but call for hard work to engage voters and improve public image

◉ Related