◉ HEADLINES

Mahkamah benar PN mulakan semakan kehakiman cabar notis penggantungan RoS

Mahkamah bagaimanapun menolak permohonan gabungan itu untuk menggantung sementara notis RoS sehingga semakan kehakiman didengar dan diputuskan. Jika penggantungan itu tidak ditarik balik, PN tidak dapat menggunakan logonya pada PRN Melaka yang dijadualkan 14 November ini

3:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) gagal mendapatkan perintah penangguhan sementara terhadap notis Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua aktiviti gabungan berkenaan bagi tempoh yang tidak ditetapkan.

Mahkamah Tinggi bagaimanapun membenarkan PN memulakan semakan kehakiman bagi mencabar penggantungan aktiviti yang dikeluarkan oleh RoS pada 22 September lalu.

Hakim Datuk Azizan Md Arshad menetapkan 22 Oktober ini bagi mendengar permohonan PN untuk penggantungan inter-parte notis sama.

Beliau berpuas hati bahawa persoalan yang dibangkitkan oleh PN melepasi `ambang’ (threshold) dan wajar dihujahkan pada pendengaran kelak.

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah mendengar hujan peguam Ivanpal Singh Grewal, mewakili PN selaku pemohon, manakala Peguam Kanan Persekutuan Nurhaffiza Azizan mewakili responden

Jika penggantungan itu tidak ditarik balik, PN tidak dapat menggunakan logonya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang ditetapkan pada 14 November ini.

Pada 5 Oktober lalu, Perikatan Nasional (PN) telah memfailkan semakan kehakiman mencabar notis penggantungan semua aktiviti yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) terhadap gabungan berkenaan.

Permohonan itu difailkan lima setiausaha agung parti komponen gabungan berkenaan terdiri daripada Datuk Seri Takiyuddin Hassan selaku Setiausaha Agung PN dan PAS; Wong Chia Zhen (Gerakan), Satish Kumar (Parti Rakyat India Malaysia (MIPP)), Datuk Seri Saifuddin Abdullah (Parti Wawasan Negara) dan Datuk Sazmi Miah yang merupakan Setiausaha Agung Parti Pejuang.

PN menamakan Pendaftar Pertubuhan Malaysia, Datuk Mohd Zulfikar Ahmad dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebagai responden pertama dan kedua.

Berdasarkan dokumen yang diperolehi media, PN mendakwa, jika perintah penggantungan kegiatan itu tidak ditangguh atau dibatalkan sebelum hari penamaan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, ia akan menjejaskan penyertaan gabungan itu pada PRN berkenaan.

PN memohon perintah certiorari bagi membatalkan perintah penggantungan bertarikh 23 September 2026 yang dibuat mengikut subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966, yang menggantung semua aktiviti PN kecuali bagi tujuan menjawab notis pembatalan pendaftaran.

Mereka turut mencabar notis bertarikh 22 September 2026 mengikut subseksyen 13(2) akta sama yang menyatakan niat untuk membatalkan pendaftaran PN selepas 30 hari.

Pada 24 September lalu, RoS mengesahkan semua kegiatan PN digantung dan perintah berkenaan dilakukan mengikut Subseksyen 13(2A) Akta 832.

RoS menegaskan notis berkenaan bertujuan meminta PN memberikan penjelasan berkenaan aduan yang dilaporkan oleh Bersatu kepada jabatan berkenaan dan ia bukan keputusan pembatalan pendaftaran.

Sebelum ini, RoS mengesahkan menerima aduan rasmi daripada Bersatu dengan antaranya mengenai dakwaan parti itu tidak dilibatkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai lalu. – 13 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

As horror stories unfold, Malaysia leads Asean crackdown on Myanmar job scams

Victims report being electrocuted, beaten up, tortured, and barely compensated after they were tricked into what former Thai PM calls a syndicate for ‘dirty money’ to finance conflict

Do-or-die mission for Sarjit: Speedy Tigers must secure six points to keep World Cup dreams alive

Malaysia must claim maximum points from their opening two matches in Cairo to keep their 2026 World Cup hopes alive, says national hockey head coach Sarjit Singh

History of ancient Kedah: nation-building should be based on facts, not racial polemics – Abdul Rahmat Omar

Academics should not spread false narratives, but instead present research grounded in verified evidence and reliable sources

◉ Related