◉ HEADLINES

‘Orang baik kita pertahankan’ Anwar puji Anthony Loke

Negara memerlukan pemimpin yang mempunyai visi dan prihatin terhadap masalah rakyat, termasuk golongan berpendapatan rendah serta pekerja bawahan yang menyumbang kepada pembangunan negara.

6:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemimpin yang menjalankan tanggungjawab dengan baik termasuk Menteri Pengangkutan, Anthony Loke perlu dipertahankan.

Menurut Perdana Menteri, negara memerlukan pemimpin yang mempunyai visi dan prihatin terhadap masalah rakyat, termasuk golongan berpendapatan rendah serta pekerja bawahan yang menyumbang kepada pembangunan negara.

“Ini bukanlah saya nak puji sebab beliau (Loke) ada di sini. Pasal apa orang baik macam ini dia nak berhenti?

“Yang nak berhenti orang yang rasuahlah. Orang baik ini kita nak pertahan. Orang ini yang penting dalam negara kita,” katanya, lapor media.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bantuan Khas Kewangan kepada Pemandu Teksi dan Kereta Sewa (BKKT) di Putrajaya, hari ini.

Majlis penyerahan sulung bantuan itu melibatkan 500 pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah Zon Tengah sebagai penerima simbolik, susulan pengumuman Anwar menerusi Bajet 2027 pada Jumaat lepas bahawa bantuan berkenaan akan disalurkan minggu ini sebagai langkah memulangkan hasil kutipan RM91.2 juta daripada penjualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) siri H kepada rakyat.

Pada 19 September lalu, Loke mengumumkan akan meletak jawatan sebagai Menteri Pengangkutan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan yang membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman secara tahanan dalam rumah.

Loke berkata peletakan jawatan itu akan berkuatkuasa pada hari Najib memulakan tahanan rumah. Beliau menyerahkan surat peletakan jawatan itu kepada Anwar pada 28 September lalu.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pemimpin perlu memahami nasib rakyat, termasuk pesawah padi, pemandu teksi, petani dan nelayan, selain mengambil berat tentang keperluan persekolahan anak-anak, kebajikan mahasiswa serta kecukupan gaji penjawat awam berpendapatan rendah.

“Negara ini perlukan pimpinan yang betul-betul laksana (visi) yang dibawa. (Bukan) yang cakap banyak, cakap pandai, tetapi yang tahu, apa nasib pemandu teksi, apa nasib petani, apa nasib nelayan, bagaimana anak sekolah, beli buku, bagaimana mahasiswa cukup makan atau tidak?

“Ini semua kita (pemimpin) kena fikir, jadi kena buat perancangan macam-macam saudara-saudara, bukan kerja yang mudah,” katanya. – 14 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related