◉ HEADLINES

‘Terima kasih atas sokongan, ia beri kekuatan dan keyakinan’ : Shuhaily

Mohd Shuhaily didakwa di Mahkamah Majistret Sepang atas dua tuduhan sebabkan kecederaan kepada dua anggota polis

9:24 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain merakamkan terima kasih kepada seluruh masyarakat yang memberikan sokongan kepada beliau dalam berdepan dengan pertuduhan mengasari dua anggota polis.

Menurutnya, doa dan mesej berteks yang diterimanya memberikan beliau kekuatan untuk mengadapi kes berkenaan.

“Terima kasih saya kepada seluruh masyarakat yang memberi sokongan daripada sudut doa, text messages, daripada seluruh lapisan masyarakat.

“Itu yang membuatkan saya mempunyai kekuatan dan juga keyakinan dalam meneruskan apa ini lah, proses-proses ini,” katanya kepada media sebelum memasuki Mahkamah Majistret Sepang, hari ini.

@scoopdotmy

Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, menyerahkan sepenuhnya kepada mahkamah untuk melaksanakan proses perundangan berhubung pertuduhannya mengasari dua anggota polis. #Shuhaily #mahkamah #polis #pdrm #AKPS

♬ original sound – Scoopdotmy

Shuhaly turut memberitahu, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada mahkamah untuk melaksanakan proses perundangan berhubung pertuduhannya mengasari dua anggota polis.

“Hari ini adalah proses untuk saya, orang panggil jalani satu proses perundangan sebagaimana yang saya sebut tempoh hari, dalam sidang media saya.

“So, I will let the court (menjalankan) the due process today,” katanya.

Mohd Shuhaily berkata beliau tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan selepas kes berkenaan dihadapkan ke mahkamah hari ini.

“Jadi ini akan menjadi sidang media terakhir saya dalam perihal proses ini dan selepas saya selesai sahaja majlis ataupun proses di atas nanti, pihak-pihak saya punya peguam akan bercakap bagi pihak saya,” katanya.

Semalam, Mohd Shuhaily berkata beliau bersedia menghadapi proses sistem perundangan negara dan menerima apa-apa jua keputusan mahkamah berhubung kes berkenaan.

Mohd Shuhaily sebelum ini menyerahkan kepada kerajaan berhubung tindakan yang mungkin dikenakan, susulan video tular yang memaparkan beliau memarahi dua individu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail dilaporkan berkata siasatan kes itu dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan dengan sengaja menyebabkan kesakitan, penyakit atau kelemahan tubuh kepada orang lain. – 21 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Democrats seize control of Congress in crushing midterm blow to Trump

Voters turn against Republicans over rising living costs, Iran war and corruption concerns, setting the stage for two years of political gridlock

F1 is more than racing: Why Malaysia must bring the sport back to Sepang – Zainul Arifin

Petronas’ global branding success shows how Formula 1 can deliver international exposure, strengthen corporate brands and generate economic benefits, making a compelling case for Malaysia to revive the sport at Sepang

◉ Related