◉ HEADLINES

PRN Melaka: MCA tinggalkan dewan, tidak iktiraf calon diumumkan BN

Wee Ka Siong berkata tindakan itu merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima, lebih-lebih lagi apabila kerusi yang sebelum ini ditandingi MCA didakwa diberikan kepada parti lain

8:58 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – MCA tidak akan mengiktiraf mana-mana calon parti itu yang diumumkan Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 tanpa mendapat persetujuan kepimpinan tertinggi.

Menurut Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong tindakan itu merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima, lebih-lebih lagi apabila kerusi yang sebelum ini ditandingi MCA didakwa diberikan kepada parti lain.

Malah, katanya, MCA tidak dimaklumkan lebih awal bahawa majlis BN di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) malam tadi akan membabitkan pengumuman calon, sebaliknya dimaklumkan ia hanya majlis pelancaran jentera pilihan raya.

“Jika mereka umumkan pun, kami tidak akan mengakuinya. Jika pengerusi MCA sendiri tidak menandatanganinya, bagaimana ia boleh diiktiraf?

“Calon mestilah datang daripada cadangan pucuk pimpinan parti. Ini adalah prosedur operasi standard (SOP) setiap parti politik,” katanya, lapor Bernama.

Pada majlis yang diadakan malam tadi, BN mengumumkan calon gabungan itu yang akan bertanding di 21 Dewan Undangan Negeri (DUN), menyaksikan dua wakil MCA bertanding iaitu penyadang DUN Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee Sem dan penyandang DUN Kelebang Datuk Lim Ban Hong

Difahamkan, Wee bersama kepimpinan MCA meninggalkan majlis berkenaan sebelum ucaptama oleh Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta pengumuman calon dan kemudiannya mengadakan sidang media di luar dewan.

Wee menegaskan MCA merupakan sahabat lama Umno dan kedua-dua parti telah bersama selama berpuluh-puluh tahun dan apa yang berlaku itu menimbulkan tanggapan MCA hanya berdiam diri dan mengalah sedangkan MCA ialah sebuah parti yang bermaruah.

Ditanya sama ada perkara itu bermakna MCA tidak akan menyertai pilihan raya negeri kali ini, beliau berkata masih ada beberapa hari lagi sebelum hari penamaan dan berharap perkara itu masih dapat diperbetulkan.

Perkara itu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan kepimpinan MCA kerana rundingan berhubung pembahagian kerusi di Melaka belum dimuktamadkan, termasuk membabitkan dua kerusi yang sebelum ini ditandingi parti berkenaan.

Wee turut menggesa kepimpinan tertinggi BN di peringkat pusat campur tangan bagi menyelesaikan pertikaian itu secara adil, sambil menegaskan keputusan berkaitan calon MCA tidak seharusnya dibuat secara sepihak. – 25 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Do-or-die mission for Sarjit: Speedy Tigers must secure six points to keep World Cup dreams alive

Malaysia must claim maximum points from their opening two matches in Cairo to keep their 2026 World Cup hopes alive, says national hockey head coach Sarjit Singh

History of ancient Kedah: nation-building should be based on facts, not racial polemics – Abdul Rahmat Omar

Academics should not spread false narratives, but instead present research grounded in verified evidence and reliable sources

PAS must win 60 seats in GE16: Tuan Ibrahim

From 18 federal seats in GE14 to 43 in GE15, party leaders aim for more but call for hard work to engage voters and improve public image

◉ Related