◉ HEADLINES

Parcel Shield dilancarkan, lindungi pengguna daripada penipuan bungkusan dalam talian

MCMC bersama syarikat kurier akan bekerjasama mempergiat usaha meningkatkan kesedaran pelanggan mengenai ancaman penipuan yang menggunakan taktik penghantaran bungkusan palsu

3:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan mempergiat usaha melindungi pengguna daripada sindiket penipuan yang mengeksploitasi perkhidmatan kurier dan platform e-dagang menerusi pelancaran inisiatif anti-penipuan Parcel Shield hari ini.

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata inisiatif diterajui Postal Forum itu bagi meningkatkan kesedaran dan kewaspadaan pengguna terhadap pelbagai modus operandi penipuan berkaitan penghantaran bungkusan, termasuk penyamaran sebagai syarikat kurier, notifikasi penghantaran palsu, pautan pancingan data (phishing) serta penipuan pembayaran semasa penghantaran (COD).

Beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama syarikat kurier akan bekerjasama mempergiat usaha meningkatkan kesedaran pelanggan mengenai ancaman penipuan yang menggunakan taktik penghantaran bungkusan palsu.

“Kementerian Komunikasi dan semua syarikat kurier juga akan memperluaskan inisiatif ini menerusi perkhidmatan pesanan khidmat masyarakat di radio dan televisyen untuk memastikan pengguna, rakyat Malaysia terutamanya, mendapat manfaat menerusi inisiatif ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan inisiatif Parcel Shield sempena Hari Kurier Negara 2026 di Selangor International Trade Centre hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah, Ketua Pegawai Eksekutif Postal Forum Nurhafizah Hanifah dan Presiden Persatuan Syarikat Penghantaran Ekspress Malaysia Ronald Tan.

Sementara itu, Fahmi berkata sebanyak 13,045 kandungan berkaitan penipuan, perjudian serta perkhidmatan tidak dibenarkan dikesan oleh platform e-dagang dari 1 Jan hingga semalam.

Beliau berkata Jemaah Menteri dalam mesyuarat semalam turut bersetuju secara dasar dengan cadangan pindaan Akta Perkhidmatan Pos 2012 sebagai antara langkah kerajaan memperkukuh usaha membendung kegiatan berkenaan, selain memperincikan aspek kebajikan pekerja kurier.

“Kelulusan yang kita peroleh setakat ini adalah di peringkat dasar untuk pindaan dan ia akan mengambil masa beberapa bulan untuk menyediakan draf.

“Jadi prosesnya kita anggar akan mengambil masa kerana ada ketertiban yang perlu kita patuhi. Tapi kita jangkakan seawal pertengahan atau hujung tahun depan (untuk dibentangkan di Parlimen),” katanya.

Fahmi berkata pindaan akta itu turut bertujuan memastikan aspek kebajikan dan perlindungan pekerja kurier diberi perhatian, selaras dengan usaha kerajaan memperkenalkan inisiatif Tabung Pos yang dijadual digerakkan pada suku pertama 2027.

Sehubungan itu, beliau akan meminta Kementerian Komunikasi dan MCMC menjemput semua syarikat penghantaran berlesen untuk turut serta dalam proses penggubalan pindaan Akta Perkhidmatan Pos 2012. – 31 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Democrats seize control of Congress in crushing midterm blow to Trump

Voters turn against Republicans over rising living costs, Iran war and corruption concerns, setting the stage for two years of political gridlock

As horror stories unfold, Malaysia leads Asean crackdown on Myanmar job scams

Victims report being electrocuted, beaten up, tortured, and barely compensated after they were tricked into what former Thai PM calls a syndicate for ‘dirty money’ to finance conflict

Do-or-die mission for Sarjit: Speedy Tigers must secure six points to keep World Cup dreams alive

Malaysia must claim maximum points from their opening two matches in Cairo to keep their 2026 World Cup hopes alive, says national hockey head coach Sarjit Singh

◉ Related