◉ HEADLINES

PRN Sarawak ke-13: SPR tetapkan 12 Disember hari mengundi

Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 28 November, manakala pengundian awal dijadualkan berlangsung pada 8 Disember

11:04 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Teka-teki mengenai tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 akhirnya terjawab apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Disember ini sebagai hari pengundian rasmi bagi seluruh 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun mengumumkan tarikh keramat penamaan calon pula ditetapkan pada 28 November, manakala pengundian awal dijadualkan berlangsung pada 8 Disember.

Ketetapan itu memberikan tempoh rasmi berkempen selama 14 hari kepada semua parti politik dan calon yang bakal bertanding untuk memikat hati pengundi.

Pengumuman penting tersebut dibuat pada sidang media khas di sini hari ini, sejurus selesai mesyuarat peringkat tertinggi SPR bagi menyelaraskan tarikh-tarikh utama serta gerak kerja logistik pilihan raya negeri itu.

Keputusan penetapan tarikh ini menyusul susulan pembubaran DUN Sarawak berkuat kuasa 26 Oktober lalu, sekali gus mencetuskan persaingan politik terbuka sebelum mandat asal pentadbiran tamat pada Februari 2027. – 6 November, 2026

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related