◉ HEADLINES

Tiada pelanggaran peraturan, petugas cuma keliru : calon PH Pengkalan Batu, Jason

Ketua Tempat Mengundi di Batu Berendam menghentikan sementara proses pengundian Jason Tze-Xi Nathan selepas keliru dengan mesej WhatsApp palsu yang mendakwa calon tidak dibenarkan mengundi

3:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, Jason Tze-Xi Nathan berdepan detik mencemaskan ketika proses pengundian di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad, Batu Berendam, pagi tadi.

Menurut Jason, kejadian berlaku kira-kira 9.30 pagi ketika beliau sedang menerima kertas undi sebelum ketua tempat mengundi (KTM) tiba-tiba menghentikan proses berkenaan.

“KTM menghentikan proses itu kerana tidak pasti sama ada calon dibenarkan mengundi atau tidak.

“Menurut KTM, beliau melihat satu mesej dalam sebuah kumpulan yang menyatakan calon tidak boleh mengundi, justeru beliau perlu mendapatkan pengesahan daripada pihak atasan,” katanya, lapor FMT.

Jason memberitahu, proses mengundi disambung semula kira-kira dua minit kemudian selepas KTM mendapat pengesahan daripada pegawai atasan.

“Saya tidak menyalahkan petugas berkenaan kerana beliau nampak masih muda dan mungkin pertama kali bertugas sebagai KTM,” katanya.

Tegasnya, kejadian itu bukan disebabkan sebarang pelanggaran peraturan pilihan raya.

Beliau merupakan pengundi berdaftar di Pengkalan Batu dan pernah menunaikan tanggungjawab di pusat mengundi sama.

Jason berdepan calon Barisan Nasional, Siti Aisyah Mahmood; Goh Han Koon (Parti Bersama Malaysia) dan Norhizam Hassan Baktee (Bersatu). – 14 November, 2026

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related