◉ HEADLINES

Keputusan Anthony Loke letak jawatan bukan terburu-buru, tegas pada prinsip: Teo

Teo Nie Ching berkata meskipun keputusan itu sukar diterima parti, ketegasan untuk berpegang pada prinsip mencerminkan komitmen Loke dalam mempertahankan pendirian parti berhubung isu berkenaan

2:29 PM MYT

 

KLUANG – Keputusan Anthony Loke meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan bukan dibuat secara terburu-buru sebaliknya berlandaskan pendirian yang telah dinyatakan sejak beberapa bulan lepas, kata Naib Pengerusi DAP, Teo Nie Ching.

Beliau berkata meskipun keputusan itu sukar diterima parti, ketegasan untuk berpegang pada prinsip mencerminkan komitmen Loke dalam mempertahankan pendirian parti berhubung isu berkenaan.

​”Melihat seorang pemimpin yang telah mencurahkan sepenuh jiwa raga mentransformasikan kementerian berundur demi mempertahankan prinsip adalah sesuatu yang sangat menyentuh hati.

​”Kita semua tahu berapa besar impak hasil kerja saudara Anthony Loke sepanjang menerajui Kementerian Pengangkutan,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Tahunan Negeri DAP Johor 2026 di sini hari ini.

Pada 10 Nov, Loke mengumumkan peletakan jawatannya dalam Kabinet berkuat kuasa serta-merta susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah bermula pada hari berkenaan.

​Bagaimanapun, Loke dan Ahli Parlimen DAP lain kekal menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.  

​Susulan perkembangan itu, Anwar pada Jumaat lepas menyatakan belum membuat sebarang keputusan berhubung peletakan jawatan Loke, meskipun sudah menerima surat rasmi daripada pemimpin DAP berkenaan.  – 15 November, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Red Bull’s Acosta wins MotoGP Sprint, Ducati Lenovo’s Marquez second

Third on the podium is Italian rider Marco Bezzecchi of Aprilia Racing

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

12 hours on the road no guarantee for liveable wages, say several food delivery riders

Long working hours and cut-throat remuneration structure have been a bane for food delivery riders recently with some considering to leave their current service platform for another – or find a new job altogether.

◉ Related