◉ HEADLINES

PH mesyuarat minggu depan, laksana ‘post-mortem’ keputusan PRN Melaka

Mesyuarat itu akan meneliti secara menyeluruh aspek yang perlu ditambah baik dan dirombak bagi memperkukuh gerak kerja gabungan berkenaan untuk menghadapi pilihan raya akan datang

5:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat minggu depan bagi menjalankan penilaian awal susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka semalam.

Ketua Penerangan PKR Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata mesyuarat Majlis Setiausaha PH itu akan meneliti secara menyeluruh aspek yang perlu ditambah baik dan dirombak bagi memperkukuh gerak kerja gabungan berkenaan untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

“Pihak parti akan melakukan pascanilai untuk mengenal pasti aspek yang perlu kita rombak… ada yang memberi pandangan awal mengenai tahap kesediaan jentera di lapangan terutama di kawasan luar bandar,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sidang media Projek Rintis Sistem Keselamatan Warga Emas di Razak Mansion di hari ini.

Fahmi, yang juga Pengarah Komunikasi PH dan Menteri Komunikasi, berkata penilaian turut merangkumi kesiapsiagaan calon dalam melaksanakan kempen, corak sokongan pengundi muda dan kadar keluar mengundi yang direkodkan pada PRN berkenaan berbanding pilihan raya umum terdahulu.

Beliau berkata walaupun PKR berdepan cabaran di beberapa kerusi, kejayaan komponen PH, iaitu DAP mempertahankan semua kerusi yang disandang pada pilihan raya negeri itu dilihat sebagai satu perkembangan positif buat gabungan berkenaan.

Pada PRN Melaka ke-16 semalam, PH memenangi empat daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan, iaitu Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana dan Bandar Hilir manakala Barisan Nasional memenangi 21 kerusi dan Perikatan Nasional memperoleh tiga kerusi. – 15 November, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Red Bull’s Acosta wins MotoGP Sprint, Ducati Lenovo’s Marquez second

Third on the podium is Italian rider Marco Bezzecchi of Aprilia Racing

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

12 hours on the road no guarantee for liveable wages, say several food delivery riders

Long working hours and cut-throat remuneration structure have been a bane for food delivery riders recently with some considering to leave their current service platform for another – or find a new job altogether.

◉ Related