◉ HEADLINES

Tidak berdosa tinggalkan Umno, saya pun dah hijrah: Muhyiddin

'Umno sudah jahanam, bukan kita buat, dia (Umno) buat sendiri' : Muhyiddin

4:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak berdosa untuk ahli Umno meninggalkan parti berkenaan memandangkan Umno yang pernah menjadi asas perjuangan orang Melayu sudah hancur.

Beliau yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata demikian ketika menyeru ahli Umno supaya meninggalkan parti berkenaan yang disifatkan sebagai sudah ‘jahanam’.

“Hakikatnya itu yang berlaku kepada Umno. Saya tak nak kritik mereka (Umno) sebab saya bersama mereka dulu. Come to us, sokong bersama kita. Tak berdosa untuk tinggalkan Umno sebab saya dah hijrah.

“Zaman sekarang bukan zaman dulu sebab Umno asas pejuangan orang Umno sudah hancur.

“Umno sudah ‘jahanam’, bukan kita buat, dia buat sendiri. Saya Timbalan Presiden Umno dulu, apa dah jadi dengan Umno. Ini kita cakap di bumi johor, di sini Umno dilahirkan tapi hari ini dijahanamkan oleh presiden Umno,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon PN bagi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 9 September ini.

Pada majlis itu, Muhyiddin mengumumkan Zulkifli Jaafar sebagai calon PN untuk kerusi Parlimen Pulai manakala Dr Mazri Yahya akan bertanding di DUN Simpang Jeram.

Zulkifli yang merupakan Timbalan Ketua Bersatu Pulai adalah seorang usahawan manakala Dr Mazri adalah Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Johor. Beliau adalah seorang pegawai perubatan.

Dalam ucapannya itu, Muhyiddin turut memberitahu punca kekalahan PN pada kerusi PRN lalu adalah disebabkan oleh masalah perpecahan dan masalah pemilihan calon namun itu adalah faktor dalaman yang telah diselesaikan.

‘Kita dah selesaikan, sudah berjabat tangan. Harus mulakan bahawa kita sudah tiada masalah. Syarat utama ialah hubungan sentiasa baik dan kerjasama antara parti.

“Pulai adalah kerusi Gerakan tapi kita bincang, dia berkorban serah pada Bersatu. Kita dalam PN ini bersikap hormat menghormati, tiada boleh tolok banding. – 23 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related