◉ HEADLINES

Tiga beranak ditemukan mati di kediaman mereka di Ampang

10:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiga individu ditemukan mati di kediaman mereka di sebuah pangsapuri di Kampung Baru Ampang di sini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan kesemua mayat pada 7.31 pagi tadi daripada seorang lelaki tempatan. 

Beliau berkata Polis Kontinjen Selangor mengesahkan bahawa Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya menerima panggilan MERS 999 daripada seorang lelaki memaklumkan terdapat kematian di lokasi itu.

“Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati terdapat tiga mayat iaitu satu mayat wanita dewasa berusia 42 tahun, satu mayat remaja perempuan dan satu mayat remaja lelaki masing-masing berumur 14 dan 15 tahun. Kesemua mayat ditemukan dalam keadaan berpakaian lengkap,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Hussein berkata turut dijumpai ialah satu sampul berisi surat wasiat dan sejumlah wang tunai.

Beliau berkata pemeriksaan pasukan patologi forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia mendapati keseluruhan ruang pintu dan tingkap bilik di mana kesemua mayat ditemukan ditutup rapat dengan pita pelekat.

Hussien berkata pasukan forensik juga menemukan satu bekas arang dan pencucuh api yang diletakkan di bawah sofa di dalam bilik itu dan tempoh kematian dipercayai melebihi 24 jam. 

“Siasatan diteruskan bagi mengenal pasti motif dan mengesan sebarang unsur jenayah sekiranya ada,” kata beliau.

Jiran mangsa yang ingin dikenali sebagai Rina, 37, berkata sebelum ini, keluarga itu kelihatan seperti tiada masalah dan tidak pernah mendengar atau melihat sebarang tanda wujud pergaduhan. 

“Saya hanya menyedari kejadian itu apabila ingin keluar bekerja pagi tadi dan melihat ramai anggota polis serta unit forensik di lokasi kejadian namun tidak menyangka sebarang kejadian yang tidak diingini. 

“Terkejut jugalah bila dapat tahu daripada jiran mengenai kejadian ini. Saya tak sangka ia boleh berlaku sebab sebelum ini, keluarga mangsa nampak okey sahaja,” katanya kepada Bernama. – 7 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Democrats seize control of Congress in crushing midterm blow to Trump

Voters turn against Republicans over rising living costs, Iran war and corruption concerns, setting the stage for two years of political gridlock

As horror stories unfold, Malaysia leads Asean crackdown on Myanmar job scams

Victims report being electrocuted, beaten up, tortured, and barely compensated after they were tricked into what former Thai PM calls a syndicate for ‘dirty money’ to finance conflict

Do-or-die mission for Sarjit: Speedy Tigers must secure six points to keep World Cup dreams alive

Malaysia must claim maximum points from their opening two matches in Cairo to keep their 2026 World Cup hopes alive, says national hockey head coach Sarjit Singh

◉ Related