◉ HEADLINES

Pendedahan Mondy: Caprice buat laporan polis ‘kali ini kita bijak sikit’

Caprice memaklumkan beliau telah membuat laporan polis dan telah menyerahkan bahan bukti mengenai dakwaan wanita berkenaan

5:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Selepas dituduh membayar pempengaruh dari Indonesia, Mondy Tattoo untuk membuat pendedahan menjadi mangsa gangguan seksual seorang penceramah bebas, penyanyi rap, Caprice memaklumkan beliau telah membuat laporan polis dan telah menyerahkan bahan bukti mengenai dakwaan wanita berkenaan.

Selain itu, kata Caprice, beliau juga telah membuat penilaian psikiatrik profesional ke atas Mondy, yang juga seorang ibu tunggal di hospital serta mendapat keizinan wanita berkenaan sebelum merakamkan semua perbualan dengan pasukan penceramah bebas terbabit.

“Kali ni kita bijak sikit. Sebelum release podcast kita, kami sudah buat laporan polis, professional psychiatrist assessment of Mondy dekat hospital dan dengan izin mangsa, kami record semua chat mangsa dengan team-team ustaz tahun ni.

“Sebelum kita DM (mesej) dan jemput Mondy minggu lepas (first time contact dan first time jumpa) salah satu bukti cerita dia kena sentuh adalah satu whatsapp chat antara Mondy dan pengawal peribadi mengenai dia kena sentuh dan Mondy sendiri repeat yang dia takut.

“Team kami ada berapa bahan bukti lain dan sudah serah semua kepada pihak PDRM sebelum release of episode 1 podcast,’’ katanya menerusi Reels di Facebook hari ini.

Caprice membuat pendedahan berkenaan susulan dakwaan Mondy berhubung insiden gangguan seksual yang didakwa dilakukan oleh seorang penceramah bebas dari Malaysia.

Mondy sebelum ini tular apabila Tiktoker dari Indonesia itu dibantu oleh penceramah terkenal tersebut.

Justeru, Caprice berkata tuduhan yang beliau mereka cerita dan membayar Mondy bagi menjatuhkan penceramah terbabit sebagai fitnah semata-mata.

Sebaliknya kata Caprice, beliau hanya menggunakan platformnya untuk membantu mangsa di luar sana untuk bersuara.

“Kita tiada masa nak jatuhkan sesiapa, hanya nak guna platform kita sekarang untuk membantu mangsa-mangsa dekat luar sana untuk bersuara dan share. Insya-Allah satu hari nanti, keadilan di pihak mangsa-mangsa,’’ katanya. – 16 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Over 50 Malaysians unreachable after catastrophic Nepal deluge

Communication lines down and major routes destroyed as regional search-and-rescue efforts scramble to reach hundreds missing across the border region

◉ Related