◉ HEADLINES

OIC, ASEAN perlu selaras bantuan kepada Rohingya tanpa diskriminasi: Zambry

Kedua-dua pertubuhan iaitu OIC dan ASEAN mesti menyelaraskan bantuan kemanusiaan tanpa diskriminasi, termasuk di kawasan yang tidak dikawal oleh tentera

1:12 PM MYT

 

NEW YORK — Malaysia menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menjalin kerjasama dengan ASEAN bagi menyelesaikan krisis kemanusiaan Rohingya.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang menyuarakan perkara itu berkata kedua-dua OIC dan ASEAN  harus meminta pengurangan dan pemberhentian keganasan terutama oleh pihak berkuasa tentera di Myanmar.

“Kedua-dua pertubuhan mesti menyelaraskan bantuan kemanusiaan tanpa diskriminasi, termasuk di kawasan yang tidak dikawal oleh tentera,” katanya pada sidang media di sini.

Zambry berkata beliau membuat kenyataan itu semasa mesyuarat Kumpulan Hubungan OIC mengenai Umat Islam Rohingya, Myanmar yang diadakan di luar sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di sini Selasa.

Menurut beliau situasi di Myanmar terus meruncing berikutan rampasan kuasa tentera pada Februari 2021, menyaksikan Malaysia dan Bangladesh merupakan antara negara yang terjejas teruk kerana kedua-dua negara melindungi kira-kira 200,000 dan satu juta pelarian Rohingya.

“Keadaan buruk umat Islam Rohingya masih tidak bertambah baik. Umat Islam Rohingya masih tertakluk kepada pembunuhan di luar undang-undang sewenang-wenangnya, pelbagai bentuk keganasan seksual dan pengusiran sistematik dari rumah mereka,” katanya.

Zambry juga berkata kes undang-undang Gambia di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) terhadap Myanmar memerlukan dana, sambil menambah Malaysia telah menyumbangkan US$100,000 kepada Tabung Amanah Kemanusiaan OIC untuk Rohingya pada 2020.

Pada masa sama, beliau berkata umat Islam Rohingya perlu membina daya tahan dan berdikari sebagai persediaan menghadapi kehidupan baharu mereka di Myanmar.

“Bagi mereka untuk ditempatkan semula secara konsensus, negara anggota mesti menggesa kerajaan Myanmar mengenai kepentingan penghantaran pulang umat Islam Rohingya yang selamat, sukarela dan bermaruah,” katanya.

Mengenai mesyuarat dua hala antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan di sini pada Rabu, Zambry berkata kedua-dua pemimpin akan membincangkan isu Islamofobia dan cara untuk menanganinya di pentas global.

Mesyuarat itu akan berlangsung di luar UNGA. – 20 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Controversial KLIA video: Shuhaily says he is ready to ‘pay with myself’

AKPS chief says the government and Home Ministry have been informed of the incident

Do-or-die mission for Sarjit: Speedy Tigers must secure six points to keep World Cup dreams alive

Malaysia must claim maximum points from their opening two matches in Cairo to keep their 2026 World Cup hopes alive, says national hockey head coach Sarjit Singh

History of ancient Kedah: nation-building should be based on facts, not racial polemics – Abdul Rahmat Omar

Academics should not spread false narratives, but instead present research grounded in verified evidence and reliable sources

◉ Related