◉ HEADLINES

Selesai beri keterangan, Caprice nafi bayar Mondy untuk menipu

Tegasnya, kalau difikir secara logik, lebih baik dia cari mangsa yang masyarakat mudah percaya dan simpati, seperti wanita bertudung, alim atau penghafaz Al-Quran

9:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Caprice menafikan bahawa beliau membayar sejumlah wang kepada pempengaruh Indonesia, Mondy Tatoo untuk wanita itu membuat kenyataan menipu ke atas seorang penceramah, seperti didakwa warga maya.

Menurutnya, daripada menggunakan wang untuk membayar Mondy, lebih baik dia mengupah wanita berpenampilan lebih alim bagi mencetuskan simpati netizen.

“Kalau fikir secara logik, daripada saya nak membayarnya, lebih baik saya cari mangsa yang masyarakat mudah percaya, seperti wanita bertudung, alim atau penghafaz Al-Quran. Itu lagi mudah (untuk) masyarakat percaya.

“Sebaliknya wanita ini (Mondy) bertatu dan berada dalam kasta rendah di Indonesia. Buat apa saya nak seksa diri, keluarga untuk bela orang sebegini,” katanya.

Selain itu, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 35, mengesahkan dia sudah tampil memberi keterangan selama enam jam di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Shah Alam semalam.

Keterangan itu, katanya, bagi membantu siasatan berhubung laporan dibuat pendakwah terbabit.

Ujarnya, keterangan itu berdasarkan dakwaan gangguan seksual ke atas Mondy yang tular melalui kandungan podcast kendaliannya.

“Saya, Mondy dan empat kakitangan datang ke IPK Shah Alam bagi memberi keterangan yang memakan masa hingga enam jam.

“Setakat ini saya sudah selesai beri keterangan, tetapi kakitangan saya masih ada yang memberi keterangan lagi hari ini (Rabu),” katanya.

Sebelum ini, Caprice berkongsi rakaman temu bual bersama Mondy melalui podcast miliknya.

Dalam temu bual itu, Mondy mendedahkan menjadi mangsa gangguan seksual seorang pendakwah bebas dan aktivis yang tidak didedahkan namanya.

Susulan pendedahan itu, pendakwah berkenaan tampil membuat laporan polis pada 18 September lalu, dengan turut mendakwa berlaku beberapa fitnah terhadap dirinya. – 20 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Democrats seize control of Congress in crushing midterm blow to Trump

Voters turn against Republicans over rising living costs, Iran war and corruption concerns, setting the stage for two years of political gridlock

F1 is more than racing: Why Malaysia must bring the sport back to Sepang – Zainul Arifin

Petronas’ global branding success shows how Formula 1 can deliver international exposure, strengthen corporate brands and generate economic benefits, making a compelling case for Malaysia to revive the sport at Sepang

◉ Related