◉ HEADLINES

PRK: Amizar calon BN di Pelangai

Wan Rosdy Wan Ismail pada masa sama berharap PRK Pelangai akan menjadi noktah kepada apa yang dikatakan sebagai ‘gelombang hijau’

12:43 AM MYT

 

BENTONG – Ahli Jawatankuasa UMNO Bentong Datuk Amizar Abu Adam diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, 7 Oktober ini.

Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika membuat pengumuman itu berkata pemilihan Amizar, 50, dibuat selepas perbincangan dan persetujuan bersama Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

“Jadi saya harap, bagi rakan-rakan yang disebut (sebagai calon) tetapi tak tersenarai, tidak merajuk atau bercuti. Kita sebagai orang parti, tolonglah kawan kita ini (Amizar) untuk menang di Pelangai.

“Ahli UMNO ada 3,040 orang di Pelangai, jadi saya harap kita ahli parti kerja keras, dapat keluarkan sekurang-kurangnya 90 peratus ahli kita keluar mengundi, terus bagi sokongan dan dukungan supaya calon kita boleh menang dengan cemerlang,” katanya.

Turut hadir Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan, Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Mah Hang Soon dan Naib Presiden MIC Datuk M Asojan.

Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang pada masa sama berharap PRK Pelangai akan menjadi noktah kepada apa yang dikatakan sebagai ‘gelombang hijau’.

“Pilihan Raya Negeri lepas kita lihat terutamanya di Terengganu, Kelantan dan Kedah…dikaitkan dengan gelombang hijau ini, jadi sama-sama kita noktahkannya di sini,” katanya.

Sementara itu, Amizar yang berasal dari Felda Chemomoi terletak dalam DUN Pelangai berkata beliau akan sedaya upaya menterjemahkan mandat dan kepercayaan parti kepadanya dalam bentuk kemenangan pada PRK Pelangai nanti.

“Saya akan usahakan kemenangan, saya nak teruskan khidmat, teruskan legasi Allahyarham Datuk Seri Johari Harun kepada Pelangai,” katanya yang berkelulusan Ijazah Sarjana Pengurusan dan Kepimpinan Strategik Universiti Sains Malaysia (USM).

PRK DUN Pelangai akan diadakan pada 7 Oktober ini berikutan kematian Johari, 53, dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada petang 17 Ogos lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon berlangsung pada Sabtu ini, manakala 3 Oktober sebagai hari undi awal. – 21 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related