◉ HEADLINES

Kerajaan Persekutuan dicadang wujud semula Lembaga Padi dan Beras

Cadangan itu juga berdasarkan situasi kekurangan bekalan pada masa ini yang dilihat seakan-akan tidak dapat dikawal

3:49 PM MYT

 

MELAKA – Kerajaan diharap dapat mewujudkan semula Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) bagi membendung masalah ketirisan dan mengekang aktiviti kartel yang didakwa menjadi dalang serta punca masalah kekurangan beras tempatan.

Ketua Pemuda UMNO Dr Muhammad Akmal Saleh berkata cadangan itu juga berdasarkan situasi kekurangan bekalan pada masa ini yang dilihat seakan-akan tidak dapat dikawal hingga menyukarkan rakyat mendapatkan beras tempatan di pasaran.

“Melalui penubuhan LPN ia juga dilihat dapat mengatasi konflik kepentingan industri beras pada masa ini dan menfokuskan kawalan bekalan beras tempatan supaya tiada pihak yang mengambil kesempatan ketika rakyat berada dalam keadaan tertekan.

“Kita juga tidak mahu kartel ini mengaut keuntungan besar, sebaliknya pesawah yang bersusah-payah menanggung sengsara dengan harga padi yang rendah dan rakyat pula sukar mendapat bekalan beras tempatan yang mencukupi,” katanya kepada pemberita di Banda Hilir di sini hari ini.

Dr Muhammad Akmal yang juga Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka berkata pihaknya juga mencadangkan tindakan penguatkuasaan dan hukuman lebih tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan manipulasi bekalan beras tempatan.

Katanya ia seiring dengan pelaksanaan empat langkah intervensi tambahan diumumkan kerajaan Persekutuan semalam bagi menangani isu bekalan beras dalam negara yang menjadi keluh kesah rakyat kebelakangan ini.

“Penguatkuasaan perlu tegas, berani, cepat dan teliti sebab jika ada banyak kelonggaran atau kelompongan dalam isu beras ini, saya percaya segala data yang kita ada itu hanya sekadar angka yang boleh dimanipulasi,” katanya. – 3 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

i-Saraan incentive limit raised to RM500 per year, effective Jan 1

The government’s maximum matching incentive limit for the i-Saraan programme has been raised from RM300 to RM500 per year, effective January 1, 2024, according to the Employees Provident Fund.

Ex-TH Properties deputy GM charged with CBT abetment

In yet another case uncovered from the Tabung Haji RCI, the accused is found to have colluded with another manager from a subsidiary and an agent to misappropriate funds related to a building project owned by the pilgrims’ fund.

Mahkamah benarkan rayuan Badan Peguam cabar DNAA Zahid

Panel tiga hakim memutuskan permohonan Badan Peguam bukan sesuatu yang remeh namun menimbulkan isu yang boleh dibicarakan yang wajar didengar pada peringkat substantif

◉ Related