◉ HEADLINES

Kadar indeks jenayah Malaysia turun 1.1 peratus

Ia menunjukkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengekalkan keadaan keselamatan negara pada tahap yang baik

9:53 PM MYT

 

PETALING JAYA – Kadar Indeks Jenayah bagi seluruh negara turun 1.1 peratus apabila 25,482 kes direkodkan bagi Januari hingga Jun tahun ini berbanding 25,774 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Timbalan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Perancangan Strategik) Bukit Aman Datuk K. Kumaran berkata ini sekali gus menunjukkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengekalkan keadaan keselamatan negara pada tahap yang baik.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 16,518 kes telah diselesaikan bersamaan 64.8 peratus berbanding kadar kes yang ditetapkan pada 45 peratus.

“Ini menunjukkan dalam setiap 10 kes, enam hingga tujuh kes berjaya diselesaikan.

Walaupun indeks jenayah menunjukkan penurunan setiap tahun, kita tidak seharusnya leka sebaliknya harus berusaha lebih gigih lagi bagi memastikan jenayah terus dibendung dalam memastikan masyarakat hidup dalam keadaan aman dan damai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan perasmian penutupan Program Kesedaran Pencegahan Jenayah 2023 Anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Kumaran berkata berbeza pula untuk jenayah siber yang menunjukkan peningkatan kes yang melibatkan mangsa antaranya ahli perniagaan, kakitangan kerajaan dan swasta, pelajar, wanita dan mereka yang tiada pekerjaan.

Beliau berkata pada 2019, sebanyak 13,703 kes dicatatkan dan bertambah kepada 17,227 pada tahun 2020 dan pada 2021 sebanyak 20,701 kes.

“Peningkatan kes jenayah siber ini berkait rapat dengan situasi semasa dalam negara apabila ramai di antara kita menjadikan Internet sebagai platform untuk melakukan tugasan bekerja dari rumah, pembelajaran secara maya, membeli belah dan melakukan transaksi perbankan,” katanya.

Terdahulu, Kumaran melancarkan aplikasi SOS Fastlane yang bertujuan memudahkan orang ramai untuk menghubungi pihak berkuasa jika berlaku sebarang kecemasan.

Hasil kolaborasi bersama Fastlane Emergency Resources Group Sdn Bhd dan MCPF serta PDRM ini mampu memberi bantuan kecemasan 24 jam kepada orang awam dengan hanya menekan butang kecemasan pada aplikasi itu. – 28 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related