◉ HEADLINES

Bekalan ikan cukup, jangan naikkan harga: LKIM

LKIM telah membuat persiapan awal dan memberi jaminan bekalan ikan negara mencukupi sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL)

3:15 PM MYT

 

BALIK PULAU – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) meminta pihak pemborong dan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga hasil laut terutama ikan ketika musim Monsun Timur Laut (MTL) yang djangka bermula bulan ini hingga Mac depan.

Pengerusi LKIM Muhammad Faiz Fadzil berkata hal ini kerana pihaknya memberi jaminan bekalan ikan negara mencukupi sepanjang tempoh itu, hasil persiapan awal agensi itu.

“Bekalan ikan yang terjejas adalah di Pantai Timur, itu pun melibatkan zon bot kecil yang hanya boleh ke laut tak lebih 5 batu nautika dari pesisir pantai manakala kapal-kapal besar seperti zon B dan C biasanya mereka masih ke laut, jadi sebenarnya tak ada kekurangan (ikan) yang kritikal kerana di Pantai Barat masih meneruskan tangkapan ikan.

“LKIM sedia dengan keadaan ini, kita ada stok bekalan ikan iaitu 90 tan metrik, pada masa sama LKIM bekerjasama dengan rakan-rakan dagang iaitu pihak swasta yang terlibat dengan industri perikanan iaitu keseluruhan ada 1,600 tan metrik ikan simpanan.

“Bekalan ikan memang mencukupi untuk rakyat kerana aktiviti (tangkap ikan) masih berterusan, malah kita ada ikan import dan ikan simpanan… jadi, tak seharusnya harga ikan melambung dan saya harap pihak peniaga, pemborong dan pengangkutan dalam setiap rangkaian bekalan tidak ambil kesempatan naikkan harga hanya kerana Monsun Timur Laut,” katanya.

Muhammad Faiz berkata kepada pemberita selepas merasmikan Program Rahmah Mesra MADANI Pengerusi LKIM Bersama Nelayan Pulau Pinang di Kompleks LKIM Teluk Bahang di sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan bantuan ‘Touch Point’ dan peralatan penangkapan ikan berjumlah RM150,000 kepada 124  nelayan meliputi enjin bot, kotak ikan berinsulasi, pukat, tong ikan dan bakul makanan.

MTL dijangka membawa hujan lebat terutamanya kepada negeri-negeri di pantai timur Semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah.

Sementara itu, Muhammad Faiz berkata LKIM merancang untuk membaiki 30 peratus daripada 397 jeti nelayan di seluruh negara yang uzur kerana telah berusia 30 hingga 40 tahun, pada tahun hadapan.

“Kita kena pastikan kemudahan jeti nelayan berada dalam keadaan baik supaya tidak ada gangguan dalam penghantaran tangkapan ikan, jadi fokus kita tahun depan nak pastikan 30 peratus jeti-jeti yang kebanyakan berusia 30 hingga 40 tahun itu perlu dibaiki,” katanya. – 6 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related