◉ HEADLINES

Sektor berkaitan Islam, halal dan mesra Muslim dijangka bernilai RM35.7 trilion menjelang 2025: Fahmi

Fahmi Fadzil juga berkata Malaysia berhasrat untuk menjadi peneraju global dalam inovasi dan teknologi

11:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kewangan Islam, industri makanan-farmaseutikal-kosmetik halal, pelancongan mesra Muslim, sektor media dan rekreasi dijangka mencapai nilai global sebanyak US$7.7 trilion (RM35.7 trilion) menjelang 2025, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Beliau berkata Malaysia telah mengekalkan status kepimpinan globalnya dalam sektor itu selama sembilan tahun berturut-turut seperti yang diiktiraf oleh Petunjuk Ekonomi Islam Global (GIEI).

“Pencapaian Malaysia dalam bidang ekonomi digital ternyata bukan secara tidak sengaja tetapi dirangka dengan teliti.

“Bagaimanapun, yang paling penting, ia dapat dicapai dengan kerjasama anda dan malam ini, kami meraikan dan mengiktiraf kerja keras dan dedikasi anda,” katanya pada MDX 2023 Awards Night di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) malam ini.

Beliau juga berkata Malaysia berhasrat untuk menjadi peneraju global dalam inovasi dan teknologi.

“Kita perlu terus berusaha untuk menerima dan mengguna pakai teknologi baharu yang memacu pertumbuhan ekonomi, mewujudkan pekerjaan dan meningkatkan kualiti hidup untuk semua rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata revolusi digital telah membentuk semula cara hidup, bekerja dan berinteraksi antara satu sama lain. 

“Ia mempunyai kuasa untuk mentransformasikan industri, mewujudkan peluang baharu dan merapatkan jurang digital,” katanya.

Beliau berkata dengan semangat inilah Malaysia mengiktiraf dan meraikan individu dan organisasi yang cemerlang yang telah memainkan peranan penting dalam perjalanan transformasi digital Malaysia. – 6 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Controversial KLIA video: Shuhaily says he is ready to ‘pay with myself’

AKPS chief says the government and Home Ministry have been informed of the incident

“Sampaikan, jangan diam”: Veteran PKR desak kerajaan Anwar ‘jual’ kejayaan agenda reformasi

Dua tokoh veteran PKR, Tian Chua dan Tan Sri Dr Xavier Jayakumar mengingatkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak membisu mengenai kejayaan agenda reformasi, sekali gus menghentikan naratif negatif yang mendakwa tiada sebarang perubahan berlaku

◉ Related