◉ HEADLINES

Mangsa kemalangan atas Jambatan Pulau Pinang, Nabil Zikry seolah-olah tahu akan pergi selamanya

Nabil memuat naik video di TikTok mengenai kematian dengan bertanya sama ada dia akan dirindui kelak

2:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Muhammad Nabil Zikry, mangsa kemalangan yang meninggal dunia bersama tunangnya, Sabrina di Jambatan Pulau Pinang pada Sabtu, seolah-olah tahu dia akan pergi selamanya apabila memuat naik video menyedihkan dalam TikToknya.

TikTok Nabil itu kini menjadi tular selepas kematiannya.

Dalam satu hantaran, Nabil menulis ‘Nanti jika ku mati adakah yang dirindui’, yang dimuat naik ke TikTok pada 3 Oktober lalu, iaitu genap 40 hari pada hari kematiannya, iaitu semalam.

Ramai yang terkejut apabila menonton semula video tersebut.

“Al fatihah. agak meremang bila tgk repost owner semua tentang kematian seolah olah dia tau

“Repost arwah, caption arwah semua tentang kematian sedihnya

“Repost arwah semua pasal ajal…Semoga ditempatkan orang yang beriman amin

“Tarikh dia post ngam ngam 40 hari sebelum dia meninggal, alfatihah,’’ demikian antara 473 komen-komen setakat ini dalam TikTok Nabil.

Semalam, dua maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka dirempuh kereta Toyota Lexus dipandu remaja berusia 16 tahun yang hilang kawalan setelah melanggar sebuah lori di Kilometer 1.9 Jambatan Pulau Pinang arah Perai, di Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Tan Cheng San berkata kejadian kira-kira 2.30 pagi itu mengakibatkan penunggang lelaki dan pembonceng rakan wanitanya, kedua-duanya berusia 20-an, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

“Mereka dipercayai baru pulang makan di kedai kawasan Seagate di Bayan Lepas dan mahu balik ke rumah masing-masing di sini, manakala pemandu remaja itu mengalami kecederaan ringan sementara pemandu lori iaitu seorang lelaki tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan tersebut,” katanya.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal kemalangan itu berlaku apabila kereta dipandu remaja itu melanggar bahagian lori tersebut lalu hilang kawalan dan menghentam motosikal dinaiki mangsa.

Jenazah Nabil telah dibawa ke Gunung Rapat, Perak untuk disemadikan di sana. – 12 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Controversial KLIA video: Shuhaily says he is ready to ‘pay with myself’

AKPS chief says the government and Home Ministry have been informed of the incident

◉ Related