◉ HEADLINES

Peminat hamil 7 bulan tempuh perjalanan ratusan kilometer dari Kelantan demi Coldplay

Ditemani adik lelakinya, dia mengharapkan agar konsert itu bakal menjadi memori indah dalam hidup

6:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Walaupun sedang hamil tujuh bulan, ia bukan alasan buat seorang peminat Coldplay, Siti Zulaikha, 34, untuk hadir menonton konsert kumpulan artis diminatinya itu di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.

Ketika ditemui Scoop, wanita berasal dari Kelantan itu sanggup ‘terbang’ ke Kuala Lumpur bersama adik lelakinya bagi melihat persembahan kumpulan berkenaan.

Meskipun mengakui terdetik kebimbangan memikirkan kehamilannya, dia tetap menjejakkan kaki ke konsert itu apabila ditemani adiknya, selain ia bagi merealisasikan impiannya untuk menonton persembahan Coldplay sebelum melahirkan anak.

“Disebabkan minat, saya gagahkan hadir menonton konsert ini. Sudah tentu ada juga sedikit kerisauan dalam diri memandangkan keadaan saya yang berbadan dua.

Siti Zulaikha hadir ke Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini bersama adiknya dari Kelantan untuk menonton konsert Coldplay – Gambar Scoop/Helmi Anuar, 22 November, 2023

“Tetapi Insya-Allah semuanya baik-baik sahaja kerana saya ditemani adik lelaki saya,” katanya.

Zulaikha berkata, dia mula meminati Coldplay melalui adiknya yang menyukai kumpulan itu sejak tahun 2010.

“Saya mengharapkan agar konsert ini bakal menjadi memori indah dalam hidup saya dan adik saya,” katanya.

Kurang tiga jam bermulanya persembahan kumpulan itu, puluhan ribu peminat membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil, malah ada antara mereka tiba sejak jam 9 pagi tadi.

Biarpun hujan lebat, mereka sedikit pun tidak berganjak dari tempat menunggu.

Pintu masuk stadium mula dibuka pada pukul 5.13 petang dan konsert dijadual bermula 9 malam.

Terdahulu, Coldplay yang mencatat rekod sebagai antara kumpulan yang berjaya menjual tiket terbanyak dan terlaris di dunia, dilaporkan tiba di Malaysia awal pagi semalam bagi menjayakan siri konsert dinamakan Coldplay: Music of The Spheres World Tour itu di negara ini.

Susulan penganjurannya, orang ramai diingatkan supaya menjaga tatasusila, termasuk tidak melakukan provokasi dan mengelak daripada mencetuskan kekacauan semasa atau selepas persembahan konsert.

Ketua Polis Cheras, Asistan Komisioner Zam Halim Jamaluddin menegaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas ke atas apa-apa pelanggaran undang-undang sempena penganjuran konsert berkenaan.

Beliau berkata, sebagai pihak berkuasa, PDRM juga sudah membuat persiapan rapi, bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjamin.

Katanya, persiapan itu bukan sahaja membabitkan pemeriksaan dan pemantauan di lokasi, malah kelancaran lalu lintas. – 22 November 2023

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related