◉ HEADLINES

Anwar cergas pacu transformasi Malaysia Madani: Penganalisis Indonesia

N. Syamsuddin Ch. Haesy menganalisa bagaimana Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10 mengorak langkah di tahun pertama dengan membina kepercayaan dan mendapatkan sokongan daripada semua pihak berkepentingan

9:35 PM MYT

 

JAKARTA – Penganalisis Indonesia berasa kagum dengan kepimpinan bertenaga Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berusia 76 tahun menggerakkan perubahan dramatik negara melalui Malaysia Madani.

N. Syamsuddin Ch. Haesy menganalisa bagaimana Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10 mengorak langkah di tahun pertama dengan membina kepercayaan dan mendapatkan sokongan daripada semua pihak berkepentingan.

Manifestasi proses dilakukan Anwar melalui komunikasi aktif dengan gerak kerja telus dan pemerkasaan pasukan, menurutnya dalam artikel, ‘Setahun PMX Anwar Ibrahim Memperluas Wawasan Madani Malaysia,’ di AkarpadiNews.com.

Justeru, unsur-unsur itu memainkan peranan penting dalam mencapai kejayaan pesat pada awal pemerintahan Anwar, tulis Syamsuddin, pemerhati politik dan budaya Malaysia, yang juga setiausaha agung Ikatan Setikawan Wartawan Malaysia Indonesia (ISWAMI) Indonesia.

Pengumuman Malaysia Madani 80 hari selepas memegang jawatan mengingatkan Syamsuddin tentang peristiwa di Jakarta, Anwar merupakan tokoh pertama menerjemahkan ‘civil society’ kepada ‘masyarakat madani’ pada 1995.

Masyarakat madani dirujuk sebagai masyarakat moden, demokratik dan inklusif, menyaksikan nilai agama dan budaya negara berkembang seiring dengan perkembangan sains, teknologi, kreativiti, inovasi dan ekosistem.

Malaysia Madani

Syamsuddin memahami Malaysia Madani sebagai negara maju yang menggalakkan perpaduan global, kesaksamaan, kemakmuran, tadbir urus berperikemanusiaan dan peralihan ke arah berkhidmat kepada rakyat dan bukannya kuasa politik, dengan demokrasi yang bertujuan untuk keharmonian negara.

Ia mewakili dasar negara yang melangkaui pembangunan ekonomi berteraskan ‘kemanusiaan’ – tadbir urus yang memenuhi tuntutan keadilan berasaskan nilai-nilai yang menggalakkan simpati, empati, penghargaan, hormat-menghormati dan kasih sayang sesama manusia.

Selain itu, ia sekali gus mencerminkan adab dan budi bahasa, termasuk piawaian etika dalam politik, ekonomi, masyarakat dan tamadun budaya.

“Menggerakkan Malaysia Madani ke hadapan memerlukan anjakan pantas dalam pemikiran nasional daripada nasionalisme sempit kepada nasionalisme global serta kerja keras melalui sinergi antara semua elemen negara dan membina kepercayaan antara kerajaan dan rakyat serta melaksanakan dasar tadbir urus yang berkesan,” jelasnya.

Merangkul pertumbuhan strategik dan tadbir urus responsif

Beliau juga menyatakan bahawa Anwar secara strategik meletakkan asas untuk pertumbuhan dan perancangan untuk kecemerlangan yang mampan seperti yang ditunjukkan dalam Belanjawan 2024.

Anwar menjawab dengan tegas kritikan pembangkang di Dewan Rakyat, menangani inisiatif kerajaan dan menambah baik program tadbir urus dan pembangunan.

Secara dalaman, beliau mengutamakan membina pasukan yang cekap dan kukuh dalam kerajaannya, memberi tumpuan kepada pengurusan bakat dan menambah baik tadbir urus sumber manusia.

Walaupun menghadapi cabaran politik, beliau tetap optimis untuk merealisasikan wawasan Malaysia Madani dan menggalakkan penyertaan kolektif dalam membentuk wawasan nasional yang baharu.

“Anwar fokus daripada ‘program-centric’ kepada ‘people-centric’ dan memahami dengan jelas keperluan rakyat, menangani kebimbangan pembangkang dan menyelaraskan dasar kerajaan,” tambah Syamsuddin.  

Cabaran global yang kompleks

Setahun pemerintahan, Syamsuddin menyatakan bahawa Anwar bukan sahaja menghadapi cabaran politik domestik, akibat logik pembentukan Kerajaan Perpaduan, gabungan antara Pakatan Harapan dan UMNO-Barisan Nasional.

Anwar berdepan cabaran tamadun di tengah-tengah perubahan pesat daripada era skrip kepada era digital: era Artificial Intelligence dan Internet of Things, atau Society 5.0.

Beliau turut menghadapi dinamik politik dan ekonomi global dalam era pascapandemik COVID-19, termasuk ketidakstabilan politik dunia akibat perang Ukraine-Rusia dan konflik Israel-Hamas yang mencetuskan jenayah terhadap kemanusiaan. 

Anwar juga perlu melayari peralihan orientasi geopolitik dan geoekonomi dari Amerika-Eropah ke Asia-Pasifik dan percaturan China di rantau Asia yang dengan ketara mempengaruhi Asia Tenggara, tulis Syamsuddin. – 24 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related