◉ HEADLINES

PRK Kemaman jadi perintis sistem pengurusan pilihan raya baharu: SPR

Sistem pendigitalan itu memudahkan petugas SPR dalam melaksanakan urusan berkaitan proses pilihan raya

2:26 PM MYT

 

CHUKAI – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan sistem baharu pada Pilihan Raya Kecil (Kemaman) sebagai ujian rintis, untuk menambah baik sistem pilihan raya di negara ini.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata sistem pendigitalan yang pertama kali digunakan itu, bagi memudahkan petugas SPR dalam melaksanakan urusan berkaitan proses pilihan raya, sekali gus mempercepat keputusan pengundian diumumkan.

“Sistem baru ini kita akan beritahu kemudian kerana ini kali pertama kita meneliti semua maklumat itu dalam sistem kita dan lihat kelancaran dahulu, sebab sebelum ini pegawai pembimbing kita yang masukkan data-data, jadi ini kali pertama, kalau berjaya nanti insya-Allah (akan umum).

“Kita ada sistem yang baru ini, jadi insya-Allah kita akan tahu keputusan lebih awal tetapi dari segi undang-undang kena tunggu peti undi sampai ke pusat penjumlahan undi,” katanya kepada media selepas melawat proses pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga di sini hari ini.

Mengenai perjalanan proses pengundian hari ini, Abdul Ghani berkata trend keluar mengundi pada PRK Kemaman meningkat sekitar lapan peratus setiap jam, dengan semua saluran menunjukkan momentum yang sama.

Setakat 12 tengah hari, sebanyak 35 peratus pengundi keluar untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing di 49 pusat mengundi di empat Dewan Undangan Negeri Kemaman.

Justeru Abdul Ghani menasihatkan lebih ramai pemilih termasuk di luar Kemaman, untuk keluar mengundi sementara cuaca masih baik dan sebelum pusat pengundian ditutup pada 6 petang nanti.

“Di Terengganu ni Sabtu masih cuti, jadi majikan juga tidak ada masalah nak melepaskan pekerja untuk mengundi.

“Setakat ini ikut saluran satu, dua dan tiga termasuk saluran orang muda momentum dia sama sahaja,” katanya. – 2 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related