◉ HEADLINES

Banjir di Johor pulih sepenuhnya, mangsa di Pahang, Kelantan kekal

Setakat malam ini, 26 mangsa masih berlindung di sebuah PPS di Pasir Mas, Kelantan, manakala di Pahang 22 mangsa ditempatkan di PPS Maran dan Temerloh.

9:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Situasi banjir di Johor pulih sepenuhnya apabila 23 mangsa yang berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat, telah pulang ke kediaman masing-masing.

Berdasarkan laporan terkini kejadian banjir di seluruh negara yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), jumlah mangsa banjir di Pahang dan Kelantan kekal kepada 48 mangsa di tiga PPS setakat 8 malam ini.

Di Kelantan, seramai 26 mangsa masih berlindung di sebuah PPS di Pasir Mas, manakala di Pahang kekal menempatkan 22 mangsa, masing-masing satu di PPS di Maran dan Temerloh.

Sementara itu, tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati, Sungai Pulai di Johor Bahru, Johor berada pada paras bahaya dengan merekodkan 5.27 meter (m) dengan trend meningkat, manakala Sungai Arau di Arau, Perlis merekodkan 23.35m dengan trend menurun.

Laporan itu juga menyatakan terdapat 19 jalan ditutup akibat bencana banjir, jambatan rosak atau runtuh dan akibat tanah runtuh.

Jalan terlibat antaranya Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Kupang-Gerik-Jeli di Hulu Perak, Perak; Jalan Kota Tinggi-Kluang di Kluang, Johor; Jalan Bukit Kayu Hitam-Bukit Tangga-Sintok di Kubang Pasu, Kedah; dan Jalan Temerloh-Jerantut di Pahang. – 2 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Over 50 Malaysians unreachable after catastrophic Nepal deluge

Communication lines down and major routes destroyed as regional search-and-rescue efforts scramble to reach hundreds missing across the border region

◉ Related