◉ HEADLINES

Ahli politik Sarawak enggan ulas spekulasi pelantikan Wan Junaidi sebagai Gabenor: ‘Tak boleh komen’

Datuk Abdullah Saidol dan Chong Chieng Jen tidak mahu membuat kenyataan mengenai spekulasi mengaitkan Wan Junaidi itu

6:01 PM MYT

 

SANDAKAN – Beberapa ahli politik Sarawak memilih untuk tidak mengulas mengenai spekulasi bahawa Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar akan dilantik sebagai Gabenor Sarawak Ke-8.

“Maaf, belum boleh komen lagi,” kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak), Datuk Abdullah Saidol kepada Scoop.

Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen juga tidak mahu membuat spekulasi mengenai pelantikan Wan Junaidi.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu memberitahu Scoop bahawa ‘tidak sesuai untuk saya mengulas mengenai spekulasi’.

Spekulasi itu muncul selepas satu laporan berita mengatakan ia melihat surat peletakan jawatan Wan Junaidi sebagai Yang Dipertua Dewan Negara.

Manakala, semalam Scoop melaporkan seorang pembantu kepada Wan Junaidi enggan mengulas mengenai perkara itu, tetapi berjanji bahawa media akan segera dimaklumkan ‘jika ada apa-apa’.

Gabenor Sarawak ketika ini, Tun Abdul Taib Mahmud memegang jawatan itu sejak Mac 2014.

Tempoh perkhidmatan beliau berakhir pada Februari depan. – 20 Januari 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Controversial KLIA video: Shuhaily says he is ready to ‘pay with myself’

AKPS chief says the government and Home Ministry have been informed of the incident

“Sampaikan, jangan diam”: Veteran PKR desak kerajaan Anwar ‘jual’ kejayaan agenda reformasi

Dua tokoh veteran PKR, Tian Chua dan Tan Sri Dr Xavier Jayakumar mengingatkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak membisu mengenai kejayaan agenda reformasi, sekali gus menghentikan naratif negatif yang mendakwa tiada sebarang perubahan berlaku

◉ Related