◉ HEADLINES

Sindiket godam Telegram, Whatsapp ‘untuk pinjam wang’: Lebih RM2 juta kerugian dicatatkan

Orang ramai dinasihatkan jangan mudah percaya kepada mesej pinjaman wang diterima dari kenalan mereka

7:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sejumlah 494 kes menyamar sebagai rakan di aplikasi WhatsApp, Telegram, Facebook dan lain-lain media sosial ‘untuk meminjam wang’ telah disiasat melibatkan kerugian lebih RM2 juta sepanjang tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, ia merupakan salah satu modus operandi digunakan penjenayah untuk melakukan penipuan.

Menurut beliau, bagi tempoh 1 hingga 20 Januari lalu pula, sejumlah 50 kes dicatatkan dengan kerugian RM238,732.

“Berdasarkan rekod, sepanjang 2023, sejumlah 494 kes penyamaran sebagai rakan disiasat melibatkan kerugian RM2,503,803.05.

“Sindiket ini didapati melakukan penggodaman ke atas akaun Telegram atau WhatsApp milik mangsa dan menghubungi senarai rakan mangsa yang diperoleh daripada aplikasi berkenaan untuk meminjam wang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, pemilik sebenar akaun aplikasi berkenaan hanya menyedari perkara tersebut apabila akaun itu tidak dapat diakses atau menerima panggilan dari kenalan mereka berkenaan kesahihan pinjaman wang yang ingin dibuat.

Katanya, sebagai langkah pencegahan, orang ramai dinasihatkan untuk tidak mudah percaya kepada mesej pinjaman wang yang diterima dari kenalan terutama apabila akaun bank yang digunakan adalah milik individu lain.

“Apapun alasan mereka, lakukan semakan dengan menghubungi kenalan tersebut bagi tujuan pengesahan.

“Sebarang nasihat atau maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi balai polis berhampiran atau mengemukakan pertanyaan kepada CCID Infoline melalui talian 013-2111222,” katanya. – 21 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Democrats seize control of Congress in crushing midterm blow to Trump

Voters turn against Republicans over rising living costs, Iran war and corruption concerns, setting the stage for two years of political gridlock

As horror stories unfold, Malaysia leads Asean crackdown on Myanmar job scams

Victims report being electrocuted, beaten up, tortured, and barely compensated after they were tricked into what former Thai PM calls a syndicate for ‘dirty money’ to finance conflict

Do-or-die mission for Sarjit: Speedy Tigers must secure six points to keep World Cup dreams alive

Malaysia must claim maximum points from their opening two matches in Cairo to keep their 2026 World Cup hopes alive, says national hockey head coach Sarjit Singh

◉ Related