◉ HEADLINES

Anwar turun padang dengar keluh-kesah rakyat, beri jaminan kerajaan sentiasa ikhtiar bantu rakyat

‘ltizam saya adalah untuk mereformasi ekonomi negara agar kita dapat menjulang darjat rakyat sejagat dan ini wajib bermula dengan golongan yang kurang berkemampuan’: Anwar

3:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan kesempatan ketika melawat Program Jualan Ikan, Udang dan Sotong Murah Parlimen Tambun untuk mendengar sendiri keluh-kesah masyarakat berkaitan kehidupan seharian dan peningkatan kos sara hidup.

Berikutan itu, Perdana Menteri menitipkan jaminan bahawa kerajaan sentiasa berikhtiar bagi membantu rakyat termasuk mewujudkan jualan murah bersama pihak terkait yang dijangka memberi manfaat kepada semua lapisan.

“Insya-Allah, program jualan barangan keperluan ikan, ayam, beras dan sebagainya dengan harga murah seperti hari ini, akan diperluas ke seluruh negara kelak,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Ia merupakan sebahagian daripada lawatan kerja Anwar ke Perak hari ini.

Perdana Menteri menggunakan kesempatan ketika lawatannya untuk mendengar sendiri keluh-kesah masyarakat berkaitan kehidupan seharian dan peningkatan kos sara hidup. – Gambar Facebook Anwar Ibrahim, 28 Januari, 2024

Dalam lawatan tersebut, beliau turut menziarahi keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad, bagi menyampaikan takziah atas pemergian bapanya yang meninggal dunia pada usia76 tahun, akibat sakit tua semalam.

Selain itu, Perdana Menteri juga turun padang ke Pasar Borong Mydin di Meru, Ipoh bagi melihat sendiri kesedaran dan impak program bersubsidi Sumbangan Asas Rahmah (Sara) untuk membantu menambah kuasa beli kepada mereka yang memerlukan.

Anwar Ibrahim juga turun padang ke Pasar Borong Mydin di Meru, Ipoh bagi melihat sendiri kesedaran dan impak program Sumbangan Asas Rahmah untuk membantu menambah kuasa beli kepada mereka yang memerlukan. – Gambar Facebook Anwar Ibrahim, 28 Januari, 2024

Ia bagi membolehkan mereka mendapatkan barang-barang asas dari rangkaian rakan runcit dengan lebih 500 kedai yang terlibat di seluruh negara.

Sara telah dimumkan pada minggu lepas dan merupakan salah satu langkah merealisasikan usaha membantu golongan yang memerlukan.

“ltizam saya adalah untuk mereformasi ekonomi negara agar kita dapat menjulang darjat rakyat sejagat dan ini wajib bermula dengan golongan yang kurang berkemampuan. Moga ia bermanfaat dan meningkatkan ekonomi negara,’’ katanya. – 28 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Democrats seize control of Congress in crushing midterm blow to Trump

Voters turn against Republicans over rising living costs, Iran war and corruption concerns, setting the stage for two years of political gridlock

F1 is more than racing: Why Malaysia must bring the sport back to Sepang – Zainul Arifin

Petronas’ global branding success shows how Formula 1 can deliver international exposure, strengthen corporate brands and generate economic benefits, making a compelling case for Malaysia to revive the sport at Sepang

◉ Related