◉ HEADLINES

Wan Rosdy umum penyusunan semula portfolio Exco

Penyusunan portfolio ini berkuat kuasa serta-merta

4:02 PM MYT

 

KUANTAN – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini mengumumkan penyusunan semula portfolio melibatkan tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco). 

Wan Rosdy berkata keputusan dibuat menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang bermesyuarat hari ini serta selaras dengan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam sebagai Exco yang baharu.

Beliau berkata Amizar akan memegang portfolio Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan mengambil alih tugas ADUN Muadzam Shah Razali Kassim yang akan menerajui portfolio Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan.

ADUN Bebar Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff yang sebelum ini memegang portfolio Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan pula dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau.

“Penyusunan portfolio ini berkuat kuasa serta-merta. Saya mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Exco terlibat.

“Saya berharap dengan penyusunan semula portfolio Exco, pentadbiran Kerajaan Pahang akan lebih kemas dan mantap terutamanya dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Amizar yang berasal dari Felda Chemomoi, Bentong telah mengangkat sumpah sebagai Exco Pahang yang baharu di Istana Abdulaziz, di sini.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan itu berlangsung di hadapan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. 

Amizar memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 7 Okt 2023, yang diadakan susulan kekosongan luar jangka selepas penyandangnya Datuk Seri Johari Harun, maut dalam insiden pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos 2023.

Allahyarham Johari sebelum ini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang. – 14 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

No plans to scrap RON95 subsidies for T20 group for now : Loke

The government has no immediate plans to remove RON95 fuel subsidies for high-income earners, with Transport Minister Anthony Loke saying the Budi95 system will remain in place as Putrajaya prioritises a simpler and more efficient subsidy mechanism

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Next FAM chief must ‘work 100 times harder’ to drive reforms: Hamidin

Incoming Football Association of Malaysia president must go beyond football knowledge and commit to governance and structural reforms

◉ Related